• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Neelofa Tahu Hans Mahu Bertunang Sejak Tahun Lalu

oleh AK-47
02/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMRAH jadi selebriti, usaflah cantik dan popular, kisah cinta walaupun sudah lama berlalu pasti ingin diimbas kembali oleh peminat.

Itulah yang dihadapi oleh pengacara dan usahawan Neelofa atau Lofa,28, yang sering diajukan soalan mengenai pendapatnya tentang berita pertunangan dan perkahwinan bekas kekasihnya Datuk Hans Isaac.

Menurut heroin drama Suri Hati Mr Pilot ini, dia telah dimaklumkan dua bulan sebelum lelaki itu merancang untuk melamar kekasihnya.

“Dia telah memberitahu saya tentang hasratnya untuk kahwin sejak November tahun lalu lagi,” kata Lofa semasa sidang media perasmian butik kedua Naelofar Hijab di pusat membeli-belah Publika, di sini, Rabu.

Menurut Lofa lagi, sebagai kawan yang sudah mengenali antara satu sama lain selama lima tahun lebih, dia amat gembira dengan keputusan Hans itu.

“Saya betul-betul hendak dia gembira kerana dia layak untuk gembira dan saya juga gembira dengannya.”

Tambah Lofa lagi, meskipun tiada lagi cinta antara mereka, mereka masih lagi berhubung dan masih berkawan baik sehingga kini.

Sebelum ini, Lofa dilaporkan bercinta dengan Hans selama dua tahun namun hubungan itu tidak berkekalan dan mereka mengambil keputusan untuk putus cinta pada Februari 2014.

Hans, 46, telah mengumumkan bakal berkahwin dengan bekas Ratu Cantik Pelancongan, Aileen Gabriella Robinson, 28, pada 29 Julai ini selepas setahun mengenali hati budi masing-masing.

Apabila ditanya tentang bakal isteri Hans, Lofa tidak mahu menjawabnya kerana dia tidak mengenali wanita itu, namun tidak menolak sekiranya dia dijemput ke majlis perkahwinan mereka nanti. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Hans IsaacNeelofa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Neelofa, PU Riz Timang Anak Lelaki

31/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa...

Kes Neelofa, Suami Ditangguh Lagi

12/08/2021
0

SEREMBAN - Sebutan semula kes membabitkan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang didakwa melanggar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd