• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Jong-nam: Suspek Korea Utara Dihantar Balik?

oleh
03/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu-satunya warga Korea Utara yang berjaya ditangkap pihak polis setakat ini berhubung kematian Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, dijangka dihantar pulang.

Perkara yang agak memeranjatkan pelbagai pihak itu didedahkan oleh agensi berita MediaCorp milik pemerintah Singapura yang dilaporkan telah memetik kenyataan daripada satu sumber tidak didedahkan.

Paling mengejutkan apabila sumber yang mengetahui mengenai perkara tersebut malah memaklumkan bahawa Ri Jong Chol, seorang jurutera perisian; turut tidak akan dikenakan sebarang pendakwaan jenayah.

Suspek tunggal rakyat Korea Utara yang berusia 46 tahun itu berjaya ditangkap pihak polis pada 17 Februari lepas di apartmennya di ibu negara. Dia dilaporkan tinggal dengan ahli keluarganya di Malaysia.

“Arahan reman yang dilanjutkan mahkamah majistret bakal berakhir tempoh pada 3 Mac. Dia akan dihantar pulang kerana Peguam Negara tidak akan mengenakan dakwaan terhadapnya,” kata sumber itu kepada MediaCorp.

Dia namun tidak memberi perincian kenapa tiada dakwaan dikenakan. Jong Chol dipercayai bertindak sebagai pemandu kepada empat suspek warga Korea Utara yang disyaki menjadi dalang pembunuhan Jong Nam.

Apabila ditanya jika dakwaan akan dikenakan terhadap Jong Chol, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberikan respons melalui kiriman mesej: “(Ia) akan diputuskan esok apabila arahan remannya tamat.”

Jong Chol datang ke Malaysia sekitar Ogos tahun lalu dan didaftarkan bekerja di jabatan teknologi maklumat syarikat tempatan Tombo Enterprises, menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Bagaimanapun, Pengarah Urusan Tombo Enterprises, Chong Ah Kow dilaporkan memberitahu para wartawan bahawa Jong Chol tidak pernah pun digajikan oleh syarikat beliau atau datang bekerja di situ selama ini.

Ah Kow menambah bahawa beliau hanya membantu Jong Chol untuk memohon pas pekerjaan di bawah syarikatnya dengan pihak Imgresen dan warga Korea Utara itu sudah berada di Malaysia sejak tiga tahun yang lalu.

Jong Nam mati pada 13 Februari apabila mukanya disapu dengan agen saraf VX oleh dua wanita asing di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 di Sepang, Selangor. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Kim Jong-NamKorea Utara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd