• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Perlu Turut Diremajakan – Shahidan

oleh Ahmad Albab
02/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Konsep ‘peremajaan’ yang ditekankan dalam Perhimpunan Agung UMNO perlu turut diterapkan dalam kalangan penjawat awam bagi memberi impak positif terhadap gerak kerja mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata konsep itu seharusnya turut diamalkan di peringkat anggota pelaksana dan bukan sekadar di peringkat pembuat dasar.

“Contohnya seorang renjer hutan berpangkat rendah. Dia ialah pegawai yang buat siasatan, masuk hutan dan sebagainya, tetapi selepas dia berumur dia mungkin tidak mampu lagi membuat kerja-kerja ketika umurnya masih muda.

“Jadi peremajaan itu mestilah diterapkan dalam kalangan anggota pelaksana,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau mengulas hasrat UMNO seperti yang dinyatakan Presidennya, Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri untuk melahirkan satu saf barisan generasi atau “Jil UMNO’ yang merupakan pewaris kepimpinan parti di masa depan.

Mengulas pengekalan Akta Hasutan, Shahidan mempersoal pihak yang mempertikaikannya walaupun ia bertujuan menjaga keharmonian negara.

“Kenapa orang sibuk persoalkan akta ini. Ia untuk selamatkan negara, orang yang tentang Akta Hasutan maksudnya menentang negara,” katanya.

Beliau menambah akta itu penting dalam memastikan keharmonian kaum dan keamanan terus terpelihara. – BERNAMA

Tags: Penjawat AwamShahidan Kassim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd