• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Lapor Polis Isu Lebih 10 Akaun FB Beri Lesen Terbang

oleh
01/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat laporan polis terhadap kewujudan lebih 10 akaun Facebook yang berani menawarkan ‘lesen terbang’ kepada orang ramai.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Nadzri Siron berkata, laporan polis dibuat di balai polis Putrajaya pada Selasa berkaitan dengan sindiket pengeluaran lesen memandu tanpa melalui prosedur yang sah.

“JPJ telah membuat laporan polis terhadap lebih 10 akaun Facebook berhubung ‘lesen terbang’. “Kita juga sedang bekerjasama dengan pihak polis,” katanya kepada portal mStar Online pada Rabu.

Beliau malah menambah, pihaknya turut mendapat kerjasama pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada Selasa, portal berita itu melaporkan mengenai sindiket khidmat yang menawarkan lesen memandu tanpa perlu menjalani ujian JPJ yang tersebar menerusi media sosial terutama Facebook.

Nadzri berkata, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 26 dan Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 jika terdapat mana-mana pemandu memiliki lesen memandu yang tidak sah atau diperoleh secara haram.

Jika disabitkan kesalahan, kata beliau lagi, pemandu tersebut boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Sebanyak 146 kes kesalahan memiliki lesen memandu yang palsu telah diambil tindakan antara 2015 sehingga 2016 lalu,” ujar Nadzri sebagai mengulas mengenai perkembangan lesen terbang itu.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan kepada orang ramai agar berhati-hati supaya tidak ditipu dengan sindiket pengeluaran lesen memandu haram.

Sementara itu, JPJ dalam satu kenyataan berkata, permohonan lesen memandu hendaklah dibuat mengikut prosedur dengan hadiri kelas teori dan latihan praktikal yang ditetapkan di institut memandu yang bertauliah.

Selain itu, pemohon juga perlu menjalani penilaian kompetensi JPJ iaitu melalui ujian teori dan praktikal sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 29 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, Nadzri berkata, lesen memandu yang dijual pada harga antara RM1,000 sehingga RM1,500 merupakan lesen palsu yang tidak akan disenaraikan dalam sistem JPJ. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: JPJlesen terbang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

JPJ Sita 38 Kenderaan Mewah Kebanyakan Milik Golongan Kenamaan

JPJ Sita 38 Kenderaan Mewah Kebanyakan Milik Golongan Kenamaan

21/08/2025
0

BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita 38 kenderaan mewah pelbagai jenama kebanyakan milik golongan kenamaan, termasuk bergelar Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd