• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Unsur Penipuan Dalam Pemilihan Parlimen Belia

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Belia dan Sukan mendapati tiada wujud unsur penipuan dalam keputusan pemilihan anggota Parlimen Belia Malaysia (PBM) seperti yang didakwa sebelum ini.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya juga mendapati tiada bukti penipuan berlaku dan juga tiada satu pun laporan polis dibuat berkenaan dakwaan itu.

“Pemilihan secara keseluruhannya dikendalikan secara (dalam) talian malah telah mendapat sijil audit antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan 110 anggota PBM di ibu negara hari ini.

BACA – 400 Belia Berhimpun Untuk Forum Belia Di Sabah

Sebelum ini, ada dakwaan terdapat unsur penipuan dalam sistem pemilihan PBM sehingga proses penamaan calon dan pengundian terpaksa ditangguhkan.

Parlimen Belia merupakan inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira dua tahun lepas.

Ia bertujuan antara lain melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda berkaliber dan berwibawa sejajar keperluan negara masa kini dan akan datang.

Khairy berkata, 10 Januari dipilih sebagai tarikh bersidang untuk anggota PBM di Dewan Rakyat selama lima hari dan sesi ini akan diadakan tiga kali setahun.

Jelasnya, selain persidangan, anggota PBM juga akan mengadakan program luar di negeri masing-masing bergantung pada jawatankuasa yang dipilih seperti pendidikan, sosial dan sebagainya.

PBM keseluruhannya akan mempunyai 135 anggota termasuk 15 menerusi lantikan khas, terdiri daripada wanita dan kumpulan etnik dan orang kelainan upaya. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: BeliaParlimen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mencadangkan agar Sidang Khas Parlimen yang dijadualkan esok bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja...

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd