• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Henti Menangis, Wanita Tendang, Campak Bayi

oleh AK-47
01/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEJAM! Seorang ibu muda berusia 27 tahun di China bertindak seperti hilang akal apabila sanggup menendang dan mencampak bayi perempuannya di atas tangga.

Klip berdurasi 25 saat itu memaparkan suspek yang dikenali sebagai Chen dirakam menjerkah dan menendang serta mencampak bayi perempuannya ke atas tangga selepas bayi tersebut tidak berhenti menangis.

Menurut laman Daily Mail, kejadian itu berlaku di wilayah Guangdong pada 3 petang waktu tempatan pada 24 Februari lalu.

Rakaman itu kemudiannya menjadi sensasai di laman sosial selepas dimuat naik oleh seorang saksi menerusi laman Weibo pada 26 Februari dengan kapsyen, “Song Ge has a word.”

Rakaman tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai dan telah ditonton lebih lapan juta kali.

Tak Henti Menangis, Wanita Tendang, Campak Bayi Sendiri

Berikutan tersebarnya klip tersebut, pihak polis Beijiao menjalankan siasatan dan berjaya mengesan Chen yang berasal dari Hubei.

Menurut Chen kepada anggota polis Beijiao, dia berada dalam keadaan tertekan dan gagal mengawal emosinya pada ketika itu lalu melepaskan amarahnya terhadap bayi perempuannya.

Walau bagaimanapun, Chen menyesal dengan tindakannya itu.

Tambah polis lagi, pihaknya telah memberi amaran lisan kepada Chen dan bayi malang itu pula difahamkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Susulan kejadian itu, bayi perempuan itu kini diletakkan di bawah penjagaan ibu bapa Chen. –MYNEWSHUB.CC

Tags: bayiChinaibu kejam
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd