• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wings Hanya Tinggal Tiga Anggota… Tiada Lagi Joe

oleh AK-47
01/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUMPULAN lagenda rock terkenal, Wing kini hanya tiga anggota dan bukan empat seperti dahulu.

Ini berikutan, pemain gitar utama mereka, Joe atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir, telah mengundurkan diri dari kumpulan itu.

Perkara ini turut disahkan oleh vokalis Wings, Awie.

Menurut Awie, keputusan itu diambil secara pemuafakatan selepas perbincangan bersama semua anggota Wings, beberapa bulan lalu.

“Kami tidak melihat perkara ini sebagai isu besar kerana dalam sesebuah kumpulan, memang ada ahli yang keluar masuk. Saya dan Black juga pernah keluar dan kemudian kami kembali bersama.

“Bagi kami, Joe hanya pemuzik dan di luar sana ramai lagi pemain muzik yang bagus. Lagi pun kumpulan ini kuat kerana ia adalah Wings, bukan atas kapasiti individu

“Sesiapa pun boleh membawakan muzik Wings andai seorang daripada kami tiada,” katanya pada sidang media Konsert Wings & Superfriends Belenggu Irama, di Istana Budaya, semalam, seperti yang dipetik BH online.

Sementara itu, Awie memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai pengunduran Joe kerana enggan membuka aib mana-mana pihak.

Meskipun sudah kekurangan ahli, Awie atau nama penuhnya Datuk Ahmad Azhar Othman memaklumkan mereka tidak akan mengambil ahli baharu bagi mengisi kekosongan ditinggal Joe.

Kumpulan yang ditubuhkan pada 1987 ini kini hanya tinggal Awie, Black dan Eddie.

Terdahulu, muncul desas-desus menyatakan pengguguran Joe daripada Wings timbul selepas tempatnya digantikan pemuzik undangan ketika konsert ambang tahun baharu di Melaka.

Malah, dia juga dikatakan punca konsert sempena ulang tahun ke-30 Wings di Kota Kinabalu, Sabah, ditunda.

Dalam perkembangan lain, kumpulan ini akan mengadakan konsert Wings & Superfriends Belenggu Irama di Istana Budaya pada 6 hingga 9 April depan. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: Awiewings
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Jangan Ambil Tugas Menteri Pelancongan

06/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak perlu mengambil tugas sebagai menteri pelancongan untuk mempromosikan...

Dulu Awie Cuba Elak Erra Fazira, Tetapi Sekarang…

30/06/2018
0

MENGAKUI kehidupannya jauh lebih bermakna, pelakon dan penyanyi, Datuk Awie memberitau dia ini lebih tenang dan tidak terlalu mengikut emosi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd