• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hazama Lalui Kehidupan Tenang Selepas Kahwin

oleh Ahmad Albab
01/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Hazama mengakui kehidupannya lebih tenang selepas mendirikan rumah tangga dengan pemuzik iaitu Genervie Kam pada 15 Januari lalu.

Hazama, 33, berkata, dia juga dapat menghadapi tekanan dengan baik dan lebih matang untuk berhadapan dengan sesuatu isu.

“Alhamdulillah, memang satu perasaan yang berbeza sebelum berkahwin, saya rasa kehidupan lebih tenang, tersusun dan tidak terburu-buru seperti ada yang hendak dikejarkan.

“Jika saya berhadapan dengan masalah, saya tidak cepat melatah dan boleh berkongsi dan mengadu dengan isteri,” ujarnya kepada mStar Online.

Hazama Lalui Kehidupan Tenang Selepas Kahwin
Pasangan ini berkahwin di Orchard Villa 15 Januari lalu.

Hazama atau nama sebenarnya Hazama Azmi, diminta mengulas tentang perkembangan rumah tangga yang sudah lebih sebulan dibinanya itu.

Dia dan Genervie atau nama sebenarnya Kam Shi Ling diijabkabulkan dalam sebuah majlis sederhana yang berlangsung di Orchard Villa dekat ibu negara, bulan lalu.

Kata penyanyi lagu Di Amaran Mama ini, dia juga merasakan ikatan suami-isteri itu dapat mengelakkan mereka daripada sering bergaduh seperti ketika menjadi pasangan kekasih.

“Sejak berkahwin kami jarang bergaduh. Kalau dulu memang selalu sahaja bergaduh. Sekarang banyak saya belajar untuk mengambil hati masing-masing,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang cahaya mata, Hazama berkata, dia sentiasa bersedia andai dikurniakan rezeki zuriat pada masa terdekat.

“Insya-Allah, kami tidak merancang dan kalau dapat rezeki cahaya mata dalam masa terdekat ini saya terima,” ujarnya yang kini sibuk dengan program Mentor Milenia musim kedua. – mStar Online

Tags: hazamapenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd