• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Kakitangan MPK Dihadapkan Ke Mahkamah

oleh Ahmad Albab
28/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Dua kakitangan Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan terlibat dalam insiden letupan bunga api yang mencederakan 15 pengunjung ketika sambutan ambang tahun baharu di Klang, awal tahun ini.

Pengarah Jabatan Korporat dan Kemasyarakatan MPK, Zaireezal Ahmad Zainuddin, 41, dan Mohd Nizam Saad, 32, membuat pengakuan itu di dua mahkamah berasingan selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Feisal Mohd Azmi dan Majistret Mariam Maran Abdullah.

Mengikut pertuduhan, Zaireezal didakwa bersubahat dengan Mohd Nizam iaitu mengarahkannya membakar bunga api itu di padang Kompleks Sukan Pandamaran pada 12.01 tengah malam pada 1 Jan lepas.

Mohd Nizam pula didakwa menyebabkan letupan bunga api itu di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Kedua-dua tertuduh didakwa masing-masing melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 109 dan Seksyen 337 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 11 dan 20 April depan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Aliah Atiqah Razali dan Amira Abd Aziz manakala Zaireezal dan Mohd Nizam diwakili peguam V. Ayasamy. – BERNAMA

Tags: bunga apiMPK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JBPM, JKR Diarah Semak Semula SOP Gerai Jualan Bunga Api Sementara – Nga Kor Ming 

JBPM, JKR Diarah Semak Semula SOP Gerai Jualan Bunga Api Sementara – Nga Kor Ming 

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) diarahkan menyemak semula prosedur...

‘Saya Nampak Sendiri Orang Hilang 5 Jari’

‘Saya Nampak Sendiri Orang Hilang 5 Jari’

20/10/2025
0

KULIM: "Deepavali kali ini sepatutnya menjadi pesta cahaya, tapi bertukar jadi tragedi kerana bunga api," kata R Pasupathi, 74. Mangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd