• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berita Bahasa Arab Raikan Lawatan Raja Salman

oleh AK-47
27/02/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TV Alhijrah mencatat sejarah dengan melancarkan program berita Bahasa Arab Akhbar Alhijrah.

Program 30 minit ini bersiaran setiap hari bermula Jumaat 24 Februari lalu dan siaran akhir pada 3 Mac ini.

“Berita Akhbar Alhijrah disiarkan sebagai meraikan lawatan Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Izelan Basar.

Menurut Izelan, fokus utama pengisian berita ini khusus mengenai hubungan dua hala Malaysia dan Arab Saudi serta agenda harian 600 tetamu negara yang menyertai delegasi Raja Salman.

“Ini lawatan bersejarah selepas 47 tahun. Wajar diraikan dengan kredit penghormatan. Kami sediakan berita Bahasa Arab. Malah, data pelancongan menyebut pada satu-satu waktu ada 100 ribu hingga 500 ribu pelancong warga Arab berada di negara ini,” kata Izelan.

Kata Izelan, data juga mengesahkan terdapat 60 ribu usahawan dan kumpulan profesional asing yang berbahasa Arab berada di negara ini.

Berita 30 minit ini diterbitkan seratus peratus oleh Jabatan Berita menggunakan kepakaran dalaman. Ini memandangkan terdapat ramai lulusan pengajian berkaitan Bahasa Arab berkhidmat TV Alhijrah.

Antaranya pembaca berita ialah Syed Amir Syed Habib dan Abdul Hanan Abdul Rahman. Manakala Nadzirah Sharingat bertindak sebagai suara latar laporan. Terjemahan berita ke Bahasa Arab oleh Syed Ali Alattas dan Nik Ibrahim Nik Yahya.

“Sudah tiba masanya Bahasa Arab diletakkan sebagai bahasa komunikasi maklumat di TV Alhijrah. Strateginya ialah mendapatkan rating tambahan dari penonton berbahasa Arab. Uniknya kita gunakan seratus peratus kepakaran sedia ada,” kata Izelan.

Hari ini TV Alhijrah turut menerima kunjung delegasi Arab Saudi diketuai Dr. Ahmad Jilan
Pengarah Kementerian Hal Ehwal Islam, Kerajaan Arab Saudi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AlHijrahRaja Salman
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Arab Saudi Sahkan Anwar Dijadual Bertemu Raja Salman – Wisma Putra

Arab Saudi Sahkan Anwar Dijadual Bertemu Raja Salman – Wisma Putra

28/03/2023
0

SHAH ALAM - Kedutaan Besar Arab Saudi mengesahkan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi minggu...

Raja Salman Undang Dr Mahathir Ke Arab Saudi

29/10/2018
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima surat peribadi daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd