Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Kawasan Letusan Gunung Berapi...

WELLINGTON - Seorang paramedik yang terbang ke Pulau Putih di New Zealand untuk...

Pakatan Harapan Terima PPBM...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan bersetuju menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyertai...

Kelapa Cukup Di Kedah...

PENDANG - Bekalan kelapa dijangkakan mencukupi di negeri ini bagi menampung permintaan yang...

Kompaun Sehingga RM350 Menanti...

KUALA LUMPUR - Penguatkuasaan penuh kawasan larangan merokok dengan memperuntukkan kompaun RM250, termasuk...

Berita Bahasa Arab Raikan Lawatan Raja Salman

TV Alhijrah mencatat sejarah dengan melancarkan program berita Bahasa Arab Akhbar Alhijrah.

Program 30 minit ini bersiaran setiap hari bermula Jumaat 24 Februari lalu dan siaran akhir pada 3 Mac ini.

Berita Akhbar Alhijrah disiarkan sebagai meraikan lawatan Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Izelan Basar.

Menurut Izelan, fokus utama pengisian berita ini khusus mengenai hubungan dua hala Malaysia dan Arab Saudi serta agenda harian 600 tetamu negara yang menyertai delegasi Raja Salman.

Ini lawatan bersejarah selepas 47 tahun. Wajar diraikan dengan kredit penghormatan. Kami sediakan berita Bahasa Arab. Malah, data pelancongan menyebut pada satu-satu waktu ada 100 ribu hingga 500 ribu pelancong warga Arab berada di negara ini,” kata Izelan.

Kata Izelan, data juga mengesahkan terdapat 60 ribu usahawan dan kumpulan profesional asing yang berbahasa Arab berada di negara ini.

Berita 30 minit ini diterbitkan seratus peratus oleh Jabatan Berita menggunakan kepakaran dalaman. Ini memandangkan terdapat ramai lulusan pengajian berkaitan Bahasa Arab berkhidmat TV Alhijrah.


Antaranya pembaca berita ialah Syed Amir Syed Habib dan Abdul Hanan Abdul Rahman. Manakala Nadzirah Sharingat bertindak sebagai suara latar laporan. Terjemahan berita ke Bahasa Arab oleh Syed Ali Alattas dan Nik Ibrahim Nik Yahya.

Sudah tiba masanya Bahasa Arab diletakkan sebagai bahasa komunikasi maklumat di TV Alhijrah. Strateginya ialah mendapatkan rating tambahan dari penonton berbahasa Arab. Uniknya kita gunakan seratus peratus kepakaran sedia ada,” kata Izelan.

Hari ini TV Alhijrah turut menerima kunjung delegasi Arab Saudi diketuai Dr. Ahmad Jilan
Pengarah Kementerian Hal Ehwal Islam, Kerajaan Arab Saudi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori