• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 2 Lelaki Disyaki Pembuat Dan Penjual Bom Ikan

oleh Ahmad Albab
27/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUNAK – Polis menahan dua lelaki disyaki membuat dan menjual bom ikan dalam operasi berasingan di kawasan pinggir laut penempatan Pala’u di Kampung Kunak Tiga dan Kampung Air Kunak Tiga.

Ketua Polis Daerah Kunak,  Supt Mohd Nasaruddin M Nasir berkata dalam operasi bermula pukul 7.05 malam tadi, anggota polis Cawangan Khas menahan seorang lelaki berusia 25 tahun ketika sedang memikul sekarung guni dalam keadaan mencurigakan sebelum cuba melarikan diri.

Hasil pemeriksaan ke atas suspek yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu, didapati suspek membawa baja urea seberat 25kg yang dipercayai digunakan untuk membuat bom ikan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, hasil soal siasat, suspek telah mendedahkan tempat memproses bom ikan dan serbuan telah dijalankan di Kampung Air Kunak Tiga, pukul 2.30 pagi tadi.

Nasaruddin berkata serbuan terhadap dua buah rumah berdekatan di kampung berkenaan telah menemui botol bom ikan yang telah siap untuk digunakan bersama sumbu, mancis, dawai, lima peledak dan peralatan lain yang dipercayai untuk tujuan aktiviti bom ikan.

“Dalam serbuan itu, anggota polis terpaksa mengharungi air laut yang pasang di paras paha kerana jambatan telah diputuskan oleh penduduk kampung bagi mengelak dari diserbu oleh pihak berkuasa,” katanya.

Menurutnya, dalam serbuan itu seorang lelaki yang juga warga Filipina berusia 30-an turut ditahan.

Beliau berkata siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan saki baki pembuat dan penjual mom ikan di daerah ini.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. – BERNAMA

Tags: Bom Ikan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Paskal Maut Terkena Bom Ikan

07/02/2019
0

SEORANG anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) maut selepas terkena bom ikan di Sungai Pengkalan Merbau, Sungai Tong pada 5.45 petang...

Lelaki Maut Dipercayai Terkena Bom Ikan Buatan Sendiri

14/08/2018
0

KENINGAU – Seorang lelaki tempatan maut serta merta manakala rakannya cedera parah dipercayai terkena bom ikan buatan sendiri di Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd