• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Remaja Ditahan Cuba Sertai Himpunan Haram

oleh
26/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tujuh remaja lelaki ditahan kerana disyaki cuba menyertai perhimpunan haram yang dijadual diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Perhimpunan itu yang turut tular dalam Facebook baru-baru ini diadakan sebagai menyokong agenda kumpulan berbasikal yang mempertikaikan tindakan pihak polis yang kononnya mahu melindungi pemandu wanita yang mengakibatkan lapan remaja maut di Jalan Lingkaran Dalam pada 18 Februari lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata penangkapan suspek adalah hasil intipan serta pemantauan pihaknya di kawasan berkenaan.

“Lebih kurang pukul 9.10 pagi ini, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) membuat rondaan di Jalan Kolam Ayer dan ternampak sekumpulan remaja berbasikal menghala ke arah restoran McDonald’s.

“Merasa curiga, pasukan itu mengekori mereka dari belakang dan membuat pemerhatian dan intipan sebelum akhirnya menahan ketujuh remaja berkenaan yang berusia antara 16 dan 23 tahun di hadapan sebuah restoran makanan segera terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Sulaiman, kesemua remaja tersebut kemudiannya dibawa ke Balai Polis Trafik JBS untuk siasatan, namun dibebaskan pada pukul 4.20 petang setelah polis memberi nasihat akan risiko perbuatan mereka yang boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Sebanyak enam saman turut dikeluarkan ke atas mereka di bawah Peraturan 42(1) LN kerana mengubah suai basikal.

“Jika sabit kesalahannya, hukuman denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan. Tangkapan dan sitaan basikal juga telah dibuat di bawah Seksyen 112 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Dalam kemalangan berbasikal itu, lapan remaja maut manakala dua dalam keadaan kritikal sementara enam yang lain cedera apabila dilapor dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita dalam kejadian kira-kira 3 pagi. – BERNAMA

Tags: basikalHimpunan haram
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat menyindir pihak yang mengkritik cadangannya sebelum...

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

26/09/2025
0

Baling: Kanak-kanak lelaki beruaia 12 tahun cedera di perut selepas tertusuk besi pengayuh basikal di Jalan Charok Bemban, Kampung Charok...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd