• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korea Utara Patut Terima Kasih, Bukan Keruh Keadaan

oleh
25/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nama Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, mungkin tidak dikenali ramai di Malaysia sebelum ini.

Secara tiba-tiba nama Kim Jong-nam atau Kim Chol menjadi sebutan dunia apabila lelaki berusia 46 tahun itu mati diracun ketika menunggu penerbangan ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), 13 Feb lepas.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, dua wanita menghampirinya dan menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka yang telah disembur dengan cecair beracun.

Jong-nam meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan di balai berlepas dan segera dihantar ke klinik klia2 sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya.

Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Berita kematian dan setiap perkembangan siasatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi tajuk utama media tempatan dan antarabangsa yang menyiarkan laporan daripada pelbagai sudut setiap hari ini.

Spekulasi mula berlegar mengenai motif pembunuhan apabila laporan media antarabangsa mendakwa Jong-nam, yang hidup terasing daripada abangnya, Jong-un, dibunuh oleh ejen-ejen Korea Utara.

Selepas 11 hari, PDRM mengesahkan bahan kimia berbahaya, Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphosphonothiolate atau Agen Saraf VX digunakan dalam pembunuhan Jong-nam.

PDRM sebelum ini telah menahan dua suspek wanita yang kini direman iaitu Siti Aisyah, 25, pemegang pasport Indonesia dan Doan Thi Huong, 28, wanita yang menggunakan pasport Vietnam.

Selain itu, polis turut menahan seorang lelaki rakyat Malaysia dan seorang lelaki warga Korea Utara untuk membantu siasatan.

Kecekapan PDRM menahan suspek dan memburu beberapa lagi suspek ‘tidak dihargai’ oleh pihak kedutaan Korea Utara di Malaysia apabila menolak laporan bedah siasat kematian Jong-nam serta menuntut mayatnya dilepaskan segera.

Selain itu, pihak kedutaan itu menuntut kerjasama pihak berkuasa Malaysia menerusi siasatan bersama dengan PDRM berhubung kematian lelaki itu.

Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol, malah menuduh kononnya Malaysia bersengkongkol dengan musuh Pyongyang dalam kes pembunuhan itu.

Mengulas keberangan Korea Utara itu, penganalisis politik, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, berkata tindakan pihak kedutaan itu tidak akan membantu melancarkan siasatan polis malah akan menyebabkan keadaan menjadi lebih rumit.

Sebaliknya, katanya, Korea Utara patut berterima kasih atas kecekapan PDRM melakukan tangkapan dan mengenal pasti senjata yang digunakan terhadap mangsa.

“Sekiranya tidak berpuas hati atau mempertikaikan siasatan polis Malaysia, maka Korea Utara perlu guna saluran diplomatik secara bijaksana dan bukannya mengeruhkan lagi suasana,” katanya kepada Bernama di sini.

Pensyarah Universiti Malaya itu berkata siasatan kes kematian itu melibatkan nama baik Malaysia dan sekiranya kes tidak disiasat secara telus ia memburukkan imej Malaysia di mata antarabangsa.

Awang Azman berkata pihak Korea Utara masih mempunyai saluran yang sah untuk mempertikaikan siasatan polis termasuk proses perundangan mahkamah di Malaysia untuk menyaman segala ketidakpuasan hati mereka.

Menurutnya, apa yang dilakukan oleh PDRM adalah berdasarkan undang-undang yang sedia ada di negara ini untuk memelihara kesejahteraan dan keamanan rakyat termasuk juga rakyat asing yang berada di negara ini.

Awang Azman berkata Malaysia telahpun menjalim hubungan diplomatik selama 44 tahun dengan Korea Utara sejak 30 Jun 1973.

Justeru, katanya, kedua-dua pihak perlu duduk berbincang menyelesaikan kes ini secara bijaksana dan tidak terlalu kerap berkonflik menggunakan media masing-masing.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan PDRM akan mematuhi protokol antarabangsa dalam menjalankan siasatan kes tersebut yang turut melibatkan Setiausaha Kedua, Kedutaan Korea Utara, Hyon Kwang-song, bagi membantu siasatan kes pembunuhan Jong-nam.

Katanya, seorang lagi suspek yang diburu polis ialah pekerja syarikat penerbangan Korea Utara (Koryo Air), yang dikenali sebagai Kim Uk-il, 37. – BERNAMA

Tags: kes bunuhKim Jong-NamKorea Utara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd