• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jasad Peniaga Wanita Maut Ditembak Dikremasi

oleh
25/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Jasad ahli perniagaan wanita Ruby Lee Poh Ai, yang maut ditembak semasa memandu di Taman Pekaka 1, Gelugor, Selasa lepas telah dikremasi di Krematorium Batu Gantung di sini hari ini.

Kira-kira 100 orang termasuk suami dan kedua-dua anak mendiang menghadiri upacara itu yang bermula pukul 2 petang.

Bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, yang mengenali mendiang selama lebih 10 tahun berkata, mereka benar-benar terkejut apabila mendengar berita mengenai kematiannya kerana mendiang adalah seorang yang baik.

“Kami tidak dapat menerima hakikat bahawa mendiang pergi dengan cara ini, ia amat menyedihkan dan cara mendiang mati kerana ditembak memang tidak patut,” katanya kepada pemberita semasa upacara tersebut.

“Mendiang adalah seorang wanita yang sering menghulurkan sumbangan kepada kuil Thai. Saya mengenali suaminya selama lebih lima tahun dan beliau seorang yang penyabar, jadi sukar untuk saya percaya beliau mungkin telah menyinggung seseorang hingga menyebabkan keadaan ini,” katanya.

Tan berkata keluarga Ruby bingung mengapa ini berlaku kepada mendiang dan berharap polis dapat merungkai kebenaran.

Ruby maut ditembak semasa memandu kereta BMW kira-kira 5.45 petang.

Mangsa dihampiri dua lelaki menunggang motosikal yang kemudian melepaskan lebih 10 das tembakan ke arahnya.

Mangsa ditembak di tempat duduk pemandu dengan enam daripada 10 das tembakan mengenai dadanya. – BERNAMA

Tags: kes tembakpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd