• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sedia Keluar Waran Tangkap Diplomat Korea Utara – Polis

oleh AK-47
25/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Malaysia akan mengeluarkan waran tangkap untuk seorang diplomat Korea Utara yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam jika suspek enggan bekerjasama dengan polis secara sukarela.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat, tempoh yang munasabah akan diberikan kepada diplomat tersebut untuk tampil sebelum polis mengambil tindakan lanjut.

Pada Rabu, pihak berkuasa Malaysia berkata, Setiausaha Kedua di Kedutaan Korea Utara di Malaysia, Hyon Kwang Song, dikehendaki untuk membantu siasatan ke pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Abdul Samah berkata, jika individu yang dikehendaki itu tidak memberi kerjasama, pihaknya akan mengeluarkan notis mengikut undang-undang Malaysia bagi mendesak beliau berbuat demikian.

 “Jika beliau gagal menyerah diri untuk membantu siasatan, kita akan mengambil langkah seterusnya dengan mendapatkan waran tangkap daripada mahkamah,” kata beliau.

Seramai lapan rakyat Korea Utara diburu dalam kes tersebut termasuk Kwang Song.

Seorang daripada mereka telah ditahan manakala empat lagi telah melarikan diri ke Korea Utara dan dua lagi masih berada di Malaysia.

Jong-nam dibunuh pada 13 Februari lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur2 (klia2) menggunakan racun saraf VX yang diklasifikasikan sebagai senjata pemusnah oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dua wanita iaitu rakyat Indonesia dan rakyat Vietnam, ditahan berhubung kes itu.

Menurut polis, seorang daripada suspek wanita itu dipercayai menerima kesan racun kimia itu selepas mengalami muntah-muntah. – Reuters

Tags: Kim Jong-NamKorea UtaraPDRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd