• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seminggu Bercinta, Somi I.O.I Ditinggal Kekasih

oleh AK-47
25/02/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MESKIPUN memiliki wajah yang cantik dan bentuk badan yang sempurna namun faktor itu tidak sesekali memberi jaminan bahawa anda seorang yang bertuah dalam percintaan.

Itulah yang dialami oleh salah seorang anggota kumpulan girl band Korea Selatan ini; Somi I.O.I atau Jeon Somi apabila ditinggalkan teman lelakinya hanya selepas seminggu mereka berpacaran.

Pendedahan itu dibuat oleh Somi di dalam program Unnie’s Slam Dunk, baru-baru ini.

Kata Somi, dia ditinggalkan oleh bekas teman lelakinya itu kerana tidak memenuhi ciri-ciri seorang wanita yang dicari.

Seminggu Bercinta, Somi I.O.I Ditinggal Kekasih

Seminggu Bercinta, Somi I.O.I Ditinggal Kekasih
Kumpulan I.O.I

“Saya pernah bercinta sebelum ini tetapi hubungan itu hanya bertahan selama seminggu sahaja.

“Alasan dia memutuskan hubungan kami adalah kerana saya tidak memenuhi kriteria yang dicari,” katanya memetik Koreaboo.

Pada awal tahun lalu, Somi pernah ‘meluahkan’ perasaan kepada media tempatan negara itu bahawa dia tidak pernah bercinta dan teringin untuk mempunyai teman lelaki.

“Saya mahukan teman lelaki kerana tidak pernah merasai pengalaman bertemu janji.

“Sewaktu zaman sekolah rendah dahulu pernah bercinta sebanyak dua kali tapi itu hanyalah cinta monyet dan bukannya serius,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, kumpulan I.O.I yang dianggotai oleh 11 gadis comel ini telah dibubarkan pada tahun lalu dan single terakhir kumpulan tersebut berjudul Downpour baru sahaja dikeluarkan pada Januari lalu.

Downpour merupakan ‘kata-kata’ selamat tinggal dari kumpulan itu buat peminat yang sentiasa menyokong kerjaya mereka sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Artis KoreaJeon SomiK-PopSomi I.O.I
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

K-Netz Jadi Trending, Tercetus ‘Perang Siber’ Antara Netizen Asia Tenggara Dan Korea Selatan

K-Netz Jadi Trending, Tercetus ‘Perang Siber’ Antara Netizen Asia Tenggara Dan Korea Selatan

13/02/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu pertembungan hangat di platform X tercetus antara netizen Asia Tenggara yang digelar “SEAbilings” dan netizen Korea...

Korea Selatan Berkabung: Acara Halloween Dan Persembahan Bintang K-pop Dibatalkan

Korea Selatan Berkabung: Acara Halloween Dan Persembahan Bintang K-pop Dibatalkan

30/10/2022
0

SEOUL: Kebanyakan acara dan perarakan sambutan Halloween serta persembahan bintang K-pop dibatalkan ketika Korea Selatan berkabung atas kematian sekurang-kurang 153...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd