• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LHDN Sasar 4.2 Juta Pembayar Cukai Guna E-Filing

oleh Ahmad Albab
dalam LHDN, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan sebanyak 4.2 juta pembayar cukai menggunakan e-Filing tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Sabin Samitah.

Katanya, sasaran itu merupakan peningkatan sebanyak 2.4 peratus pembayar menggunakan e-Filing tahun lepas.

Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun taksiran 2016 boleh dikemukakan melalui e-Filing bermula 1 Mac ini.

“Saya menasihatkan pembayar cukai supaya menghantar borang lebih awal bagi membolehkan bayaran balik lebihan kredit dapat dilakukan dengan cepat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Fit HASiL’ di sini, hari ini.

Selain itu, ia juga sebagai langkah mengelak kesesakan pada sistem tersebut sekiranya pembayar cukai mengisytiharkan cukai pendapatan masing-masing pada tarikh akhir menghantar borang, katanya.

Bagaimanapun, Sabin memberi jaminan pihaknya telah membuat persediaan dari segi meningkatkan kapasiti sistem untuk membolehkan pembayar cukai menghantar borang secara dalam talian tanpa menghadapi sebarang masalah.

Tarikh akhir menghantar borang dan membayar cukai pendapatan tahun taksiran 2016 bagi Borang E ialah 31 Mac 2017, BE (30 April) serta B dan P (30 Jun).

Bagi Borang BT, M, MT dan TF, tarikh akhir berbuat demikian ialah 30 April 2017 bagi yang tidak menjalankan perniagaan, dan 30 Jun bagi yang menjalankan perniagaan.

Sementara itu, program edisi kedua ‘Fit HASiL’ itu dianjurkan sebagai sebahagian pengisian Sambutan Hari HASiL pada 1 Mac ini serta menyokong dasar kerajaan untuk menerapkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja LHDN. – BERNAMA

Tags: CukaiLHDN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

Kadar Elektrik Meningkat Lapan Bulan Berturut-Turut – Wee Ka Siong

Kadar Elektrik Meningkat Lapan Bulan Berturut-Turut – Wee Ka Siong

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Wee La Siong mendakwa bil elektrik semakin mahal yang turut dirasai oleh rakyat Johor ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd