• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berbasikal Maut: Pemandu Bukan Anak Kenamaan

oleh AK-47
24/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menafikan pemandu wanita yang merempuh lapan remaja lelaki berbasikal sehingga maut dalam kejadian di sini Sabtu lepas, adalah anak orang kenamaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh, ketika mengesahkan perkara itu, berkata spekulasi yang mengaitkan pembebasan wanita berusia 22 tahun itu kerana status keluarganya daripada golongan kenamaan, adalah sama sekali tidak benar dan tidak berasas.

“Beri masa kepada polis untuk lakukan siasatan, jangan terburu-buru membuat andaian,” kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan dan gambar yang tular di media sosial yang mendakwa pembebasan wanita itu dengan jaminan polis kerana berkait dengan keluarganya yang merupakan golongan kenamaan, sehingga memaksa polis membebaskannya daripada tahanan.

Dalam kejadian awal pagi 18 Feb lepas, lapan remaja lelaki yang berbasikal maut selepas dirempuh pemandu wanita tersebut di Jalan Lingkaran Dalam, dekat sini.

Kejadian itu turut mengakibatkan empat lagi remaja lelaki patah kaki, dua tidak stabil berikutan pendarahan di dalam otak, seorang luka di kepala dan seorang lagi cedera di pinggul.

Wanita itu pula ditahan untuk membantu siasatan dan kemudianya dibebaskan dengan jaminan polis pada keesokan harinya (19 Feb) selepas selesai keterangannya direkod. – BERNAMA

Tags: basikalkemalangan basikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat menyindir pihak yang mengkritik cadangannya sebelum...

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

26/09/2025
0

Baling: Kanak-kanak lelaki beruaia 12 tahun cedera di perut selepas tertusuk besi pengayuh basikal di Jalan Charok Bemban, Kampung Charok...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd