• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asid Renalin Tumpah Di Pusat Hemodialisis

oleh AK-47
24/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Pekerja dan pesakit di sebuah pusat hemodialisis di Taman Desa Pauh 1, Permatang Pauh di sini gempar apabila tumpahan asid renalin iaitu asid pencuci darah berlaku di pusat itu hari ini.

Pegawai Perhubungan Media Jabatan Bomba dan Penyelamatan Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohd Azman Hussin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.40 pagi dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai tiba di pusat hemodialisis itu kira-kira 12 minit kemudian.

“Pasukan bomba yang di tempat kejadian mendapati tumpahan asid pencuci darah dari tong 10 liter. Semasa kejadian itu, terdapat tujuh pesakit sedang menjalani rawatan hemodialisis.

“Bagaimanapun, mereka tidak mengalami kecederaan akibat tumpahan itu,” katanya di sini, hari ini.

Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) juga membuat pengungsian dengan mengarahkan rawatan dihentikan dan pesakit dikeluarkan.

“Anggota HAZMAT masuk melalui pintu belakang bagi melakukan ventilation (pengalihan udara) dan meletak bahan penyerap pada tumpahan asid itu.

“Kerja-kerja pengawalan tumpahan asid dapat dijalankan dan dicuci sepenuhnya,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’

Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencabar Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mendesak pemimpin mereka menarik...

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd