• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HKL Sediakan Khemah Untuk Petugas Media

oleh AK-47
26/02/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hospital Kuala Lumpur hari ini menyediakan khemah dan kerusi kepada petugas media yang ‘berkampung’ di hadapan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur yang membuat liputan kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Menurut jurucakap HKL, kemudahan itu merupakan arahan daripada Pengarah HKL Datuk Dr. Zaininah Mohd Zain yang prihatin terhadap petugas media yang berpanas dan berhujan sejak 15 Februari lepas di IPFN itu.

“Sebanyak 20 kerusi, dua khemah serta sebuah meja ditempatkan di hadapan IPFN untuk petugas media,” kata jurucakap itu.

Jurugambar akhbar tempatan Mohd Firdaus Abdul Latif, 26, mengucapkan terima kasih kepada HKL yang prihatin kepada petugas media, terutamanya jurugambar yang bertugas di hadapan IPFN itu.

“Kami (petugas media) telah berkampung di sini sejak 15 Februari lepas, kami mengalami kesukaran untuk merakam gambar dan video sekiranya hujan lebat selain bimbang kamera dan laptop mengalami kerosakan,” katanya.

Kes pembunuhan Jong-nam mendapat liputan meluas media tempatan dan luar negara dengan lebih 50 petugas media tempatan dan asing berkampung di hadapan IPFN sejak 15 Februari lepas.

Pada 13 Februari lepas, Jong-nam yang merupakan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk penerbangan ke Macau apabila dua wanita didakwa menyapu muka mangsa dengan tangan mereka yang dipercayai telah disembur bahan beracun.

Jong-nam, yang memasuki negara ini dengan menggunakan pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya, sebelum mayatnya dibawa ke IPFN. – BERNAMA

Tags: Kes Bunuh Jong-Nammedia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

26/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mendapat perhatian meluas media asing selepas...

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

28/12/2025
0

ARAU - Istana Arau di sini menjadi tumpuan pengamal media, dipercayai bagi membuat liputan istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd