• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Awal Nahas MH17 Didedahkan Minggu Depan

oleh AK-47
05/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pihak berkuasa Belanda yang mengetuai siasatan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di timur, Ukraine akan mendedahkan laporan dapatan awal siasatan minggu depan.

Badan Keselamatan Belanda (DSB) dalam satu kenyataan semalam berkata laporan awal itu akan memaparkan beberapa maklumat yang diperolehi daripada sumber lain nahas itu.

Jurucakap DSB Wim van der Weegen berkata antara maklumat berkenaan adalah imej setalit, data radar dan data daripada rakaman kotak hitam pesawat.

Pasukan penyiasat sehingga kini masih belum membuat siasatan di lokasi nahas yang terletak di timur Ukraine, di mana serpihan pesawat berada yang dikawasan pasukan pemberontak pro-Russia.

Bagaimanapun, pasukan penyiasat mempunyai gambar lokasi nahas dan serpihan pesawat berkenaan.

Menurut laporan laman web The Guardian, laporan awal itu akan melakarkan apa yang pasukan penyiasat percaya berlaku tetapi tidak akan meletakkan tuduhan kepada sesiapa.

“Apa yang siasatan ini lakukan ialah membandingkan maklumat yang diperolehi untuk melihat apa yang berlaku.

“Siasatan kini masih giat dijalankan dan laporan penuh kejadian akan dikeluarkan dalam tempoh kira-kira setahun mengikut peraturan penerbangan awam antarabangsa,” kata van der Weegen.

Pesawat MH17 jenis Boeing 777 dipercayai telah ditembak di udara oleh peluru berpandu ketika terbang dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur pada 17 Julai lepas.

Kesemua 298 orang penumpang terbunuh dan mereka terdiri daripada penumpang dari 10 negara dan kebanyakannya warga Belanda, Malaysia dan Australia.

Pasukan pemberontak berkenaan sehingga kini menafikan mereka yang menembak pesawat penumpang itu tetapi seorang daripada anggota kanak pasukan itu memaklumkan mereka yang melakukannya.

Pihak berkuasa Belanda kini sedang menjalankan siasatan jenayah dalam nahas itu dengan pelbagai negara termasuk Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine.

Mayat-mayat nahas pesawat itu yang kebanyakannya sudah dibawa keluar dari lokasi nahas dan mungkin bukan semua kini sudah dalam proses untuk dikenalpasti identiti mereka.

Sehingga kini, 183 jenazah telah pun dikenalpasti. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

 

 

 

Tags: MH17siasatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelatih Guru IPGM Terlibat Buli Akan Dibuang, Bakal Pendidik Perlu Tunjuk Akhlak Yang Baik

Pelatih Guru IPGM Terlibat Buli Akan Dibuang, Bakal Pendidik Perlu Tunjuk Akhlak Yang Baik

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) memandang serius kejadian buli di sebuah kampus IPGM seperti yang dilaporkan media...

James Chai Pulang Beri Keterangan Kepada SPRM, Rafizi Dakwa Giliran Beliau Ditahan Dan Didakwa

James Chai Pulang Beri Keterangan Kepada SPRM, Rafizi Dakwa Giliran Beliau Ditahan Dan Didakwa

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu kepada Datuk Seri Rafizi Ramli, Chai Jin Shern (James Chai) akhirnya hadir di ibu pejabat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd