• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Jong-nam: Misteri Bahan Haram Masuk Malaysia

oleh
24/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sedang menyiasat bagaimana bahan kimia jenis ‘Agen Saraf VX’ yang diharamkan, berjaya dibawa masuk ke Malaysia.

Bahan kimia berbahaya yang dikategorikan sebagai senjata kimia itu disahkan pihak Jabatan Kimia Malaysia digunakan dalam kes pembunuhan Kim Jong Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.

“Bahan kimia ini adalah bahan kimia diharamkan kerana ia senjata kimia. Kita akan siasat bagaimana ia masuk (bolos ke dalam negara) tetapi kalau yang masuk dalam jumlah yang sedikit agak sukar untuk siasat,” katanya.

Khalid menyatakan demikian ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. Ia mencetuskan spekulasi kemungkinan bahan larangan itu mampu dibawa masuk ejen perisikan asing.

Ditanya sama ada bahan kimia tersebut dihasilkan dalam negara atau diseludup masuk dari luar negara, beliau menjelaskan bahawa perkara berkenaan masih tidak dapat dipastikan lagi buat masa ini.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan Bukit Aman pada pagi Jumaat, analisis oleh pihak Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan bahan yang ditemui ialah jenis ‘Agen Saraf VX’ atau VX Nerve Agent.

Baca: Bahan Kimia Pembunuh Dijumpai Di Muka Jong-nam

Kes Jong-nam: Misteri Bahan Haram Masuk Malaysia

Ia malah dikategorikan sebagai senjata kimia dalam Jadual 1, Akta Konvensyen Senjata Kimia Malaysia 2005 dan Konvensyen Senjata Kimia 1997 anjuran Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Mesir, Korea Utara dan Sudan Selatan tidak menandatangani konvensyen antarabangsa itu yang disahkan 192 buah negara manakala Israel belum mengesahkan perjanjian tersebut meskipun menandatanganinya.

Dalam pada itu, Khalid menafikan dakwaan bahawa waris Kim Jong Nam konon berada dalam negara dan pihak berkuasa bahkan masih menunggu waris terdekat untuk proses siasatan bedah siasat.

“Kami tidak akan menghantar pasukan ke Macau, China. Kami hanya akan menunggu waris mangsa untuk mengecam mayat dan mengambil DNA waris untuk pengesahan,” katanya.

Ditanya sama ada pembunuhan berprofil tinggi itu memang bermotif politik, ujar beliau masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Kim Jong-NamKorea Utara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd