• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nafi Kenyataan Ada Kaitan Dengan Pembelian Audi

oleh Ahmad Albab
24/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

AHLI Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali menjelaskan bahawa kenyataannya sebelum ini berhubung kemampuan seseorang untuk membeli mana-mana kenderaan dibuat secara umum.

Jelas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat itu, sesiapa sahaja sama ada kaya atau miskin mempunyai hak untuk membeli mana-mana kenderaan yang mereka mahu termasuk lori atau kapal terbang selagi berkemampuan.

“Saya hanya membuat kenyataan umum, bahawa seseorang itu boleh membeli apa sahaja yang mereka mahu. Tetapi saya tidak bercakap mengenai diri saya.

“Sebagai contoh, seseorang itu hanya mampu membeli basikal dan seorang lagi mampu untuk membeli sebuah Kancil (kereta),” katanya ketika dihubungi.

Nafi Kenyataan Ada Kaitan Dengan Pembelian Audi

Media sosial sebelum ini kecoh selepas seorang pengguna Facebook yang dipercayai adalah isterinya iaitu Datin Norhayati Abd Malek memuat naik gambar sebuah kereta Audi Q7 dengan menyatakan bahawa ia adalah “hadiah” daripada suaminya.

Walau bagaimanapun, Khairuddin berkata kenyataan beliau sebelum ini tidak ada kena mengena dengan pembelian tersebut.

“Saya tidak pernah menyatakan kos kereta itu dan kenyataan saya tidak ada kena mengena dengannya,” katanya. – mStar Online

Tags: AudiDatuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Khairuddin Umum Keluar Pas Serta-merta

14/03/2022
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali mengumumkan keluar daripada parti Pas berkuat kuasa hari...

Tangguh Naik Harga Petrol Helah PH Kaut Untung

01/01/2019
0

MUSLIHAT... Penetapan mekanisme harga runcit petrol dan diesel perlu dibuat secara teliti supaya pengguna dan pengusaha stesen minyak tidak berhadapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd