Saturday, May 4, 2024

Creating liberating content

Aliran Trafik Di Lebuh...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan...

Serangan Berdarah: 50 Premis...

JAKARTA - Pihak pengurusan rangkaian kafe kopi terbesar antarabangsa, Starbucks mengumumkan penutupan sementara...

FB Dilihat Sedang Menguji...

FACEBOOK pada masa sekarang menawarkan pelbagai aplikasi yang memfokuskan beberapa fungsi khusus seperti Messenger,...

Bilangan Kes HIV Baharu...

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam memberitahu persidangan Dewan...

Nafi Kenyataan Ada Kaitan Dengan Pembelian Audi

AHLI Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali menjelaskan bahawa kenyataannya sebelum ini berhubung kemampuan seseorang untuk membeli mana-mana kenderaan dibuat secara umum.

Jelas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat itu, sesiapa sahaja sama ada kaya atau miskin mempunyai hak untuk membeli mana-mana kenderaan yang mereka mahu termasuk lori atau kapal terbang selagi berkemampuan.

“Saya hanya membuat kenyataan umum, bahawa seseorang itu boleh membeli apa sahaja yang mereka mahu. Tetapi saya tidak bercakap mengenai diri saya.

“Sebagai contoh, seseorang itu hanya mampu membeli basikal dan seorang lagi mampu untuk membeli sebuah Kancil (kereta),” katanya ketika dihubungi.

Nafi Kenyataan Ada Kaitan Dengan Pembelian Audi

Media sosial sebelum ini kecoh selepas seorang pengguna Facebook yang dipercayai adalah isterinya iaitu Datin Norhayati Abd Malek memuat naik gambar sebuah kereta Audi Q7 dengan menyatakan bahawa ia adalah “hadiah” daripada suaminya.


Walau bagaimanapun, Khairuddin berkata kenyataan beliau sebelum ini tidak ada kena mengena dengan pembelian tersebut.

“Saya tidak pernah menyatakan kos kereta itu dan kenyataan saya tidak ada kena mengena dengannya,” katanya. – mStar Online

Kategori