• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salleh Nasihat Tun M Beri Perhatian Titah Sultan

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menasihati bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya memberi perhatian kepada titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Salleh berkata hakikat bahawa baginda terpaksa menegur Dr Mahathir menunjukkan bahawa bekas perdana menteri itu telah melangkau batas kesopanan sehinggakan Sultan Ibrahim sendiri tidak lagi boleh bersabar.

“Hari ini Sultan Johor menyuarakan perasaan yang amat murka kepada orang yang baginda rujuk sebagai pemimpin tidak siuman, yang kebanyakan kita percaya bahawa baginda maksudkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“… dan ini bukan kali pertama Mahathir dimarahi oleh baginda Sultan,” katanya menerusi catatan terkini dalam blog sskeruak.blogspot.my.

Salleh turut menegaskan bahawa Dr Mahathir kini nampaknya tidak dapat memisahkan dendam peribadi beliau daripada kepentingan negara.

“Mahathir menyebabkan dirinya dicemuh dan oleh kerana itu, beliau sepatutnya menyalahkan diri sendiri,” katanya.

Sultan Ibrahim pada Khamis mengingatkan ahli politik dari luar Johor supaya tidak campur tangan dalam hal ehwal negeri ini untuk mengeliru dan memecahbelahkan rakyat.

Ketika merujuk kepada kenyataan Dr Mahathir baru-baru ini, baginda berharap agar kerajaan persekutuan akan terus membantu kerajaan negeri kerana negeri-negeri yang maju membangun akan membentuk satu persekutuan yang kukuh dan sebuah negara yang makmur. – BERNAMA

Tags: Salleh KeruakTun Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam untuk menjalani...

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd