• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Basikal: Polis Tahan Remaja Ajak Orang Ramai Berhimpun

oleh Ahmad Albab
24/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang remaja lelaki yang dikatakan mengajak orang ramai berhimpun bagi menghadap Sultan Johor selain bertemu polis untuk meluahkan perasaan berhubung nahas basikal awal pagi Sabtu lepas, ditahan polis semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata remaja berusia 18 tahun itu ditahan di Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram kira-kira 1.45 pagi susulan laporan polis yang dibuat orang awam terhadapnya.

Laporan polis itu dibuat berhubung penyebaran satu kenyataan menerusi Facebook mengajak orang ramai, khususnya remaja berbasikal, berhimpun untuk menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar serta bertemu polis, katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca: Remaja Berbasikal Rancang Himpunan Besar-Besaran

Wan Ahmad Najmuddin berkata penyebaran kenyataan itu boleh mengganggu gugat keharmonian masyarakat dan kes disiasat menurut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam nahas basikal di Jalan Lingkaran Dalam di sini pada 3.30 pagi Sabtu, lapan remaja lelaki maut manakala lapan lagi mengalami kecederaan dengan dua kritikal.

Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta yang dipandu seorang wanita hilang kawalan lalu merempuh kumpulan 16 remaja lelaki berbasikal terbabit. – BERNAMA

Tags: basikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat menyindir pihak yang mengkritik cadangannya sebelum...

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

26/09/2025
0

Baling: Kanak-kanak lelaki beruaia 12 tahun cedera di perut selepas tertusuk besi pengayuh basikal di Jalan Charok Bemban, Kampung Charok...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd