• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemenang Di Rio Dominasi Pencalonan SAM-100PLUS

oleh AK-47
23/02/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemenang pingat di Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil tahun lalu, mendominasi pencalonan bagi Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2016 pada 2 Mac, di sini.

Pemenang pingat perak Olimpik tiga kali, Datuk Lee Chong Wei mendahului senarai pencalonan bersama-sama pemenang pingat di Olimpik Rio iaitu gandingan Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong (terjun), Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (badminton) dan Azizulhasni Awang (berbasikal).

Bagi memberi kelainan pada Majlis Anugerah SAM-100PLUS kali ini, SAM menambah bilangan atlet yang disenarai pendek kepada tujuh pencalonan berbanding lima pada tahun sebelum ini.

Turut tersenarai ialah pelumba Moto3 negara dari pasukan Idemitsu Honda Team Asia, Khairul Idham Pawi yang meraih dua kemenangan podium pada kejuaraan Grand Prix Motosikal Dunia serta jaguh pencak silat dunia, Mohd Al-Amin Jufferi Jamari.

Presiden SAM Ahmad Khawari Isa berkata pihaknya buat julung kali memperkenalkan satu kategori baharu iaitu Anugerah Atlet Paralimpik Terbaik bagi menyuntik pembaharuan dalam penganugerahannya.

“Anugerah berkenaan melengkapkan siri pengiktirafan warga sukan negara kepada semua atlet di negara ini.

“Kami berharap pengenalan anugerah baharu ini akan berpanjangan seperti mana jalinan kerjasama SAM bersama 100PLUS yang wujud setelah sekian lama,” katanya pada sidang media Anugerah SAM hari ini.

Calon kategori baharu itu ialah Abdul Latif Romly (lompat jauh), Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru), Mohd Ridzuan Mohd Puzi (100 meter) dan Siti Noor Radiah Ismail (lompat jauh).

Pemenang untuk kedua-dua anugerah akan menerima hadiah wang tunai RM10,000 dan sebuah trofi.

Sementara itu, wartawan sukan juga akan diberi pengiktirafan sebagai mengenang jasa dan pengorbanan mereka dalam arena sukan menerusi anugerah yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai lebih RM50,000.

Anugerah itu terbahagi kepada enam kategori – Laporan Berita Terbaik (media cetak), Laporan Berita Terbaik (media elektronik), Ulasan Berita Terbaik (media cetak), Ulasan Berita Terbaik (media elektronik), Laporan Khas Terbaik (terbuka) dan Fotografi Sukan Terbaik.

Lebih 200 penyertaan diterima SAM bagi semua kategori yang dipertandingkan.

Pemenang setiap kategori akan menerima RM3,000 dan trofi serta berpeluang dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan yang akan menerima hadiah wang tunai RM7,000 dan Piala Siebel. – BERNAMA

Tags: AnugerahPemenang Olimpiksam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

13/11/2025
0

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan anugerah kehormatan dan gelaran istiadat...

Penyelidik FRIM Rangkul Anugerah Penyelidik Wanita Cemerlang

28/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Seorang penyelidik wanita di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) merangkul Anugerah Penyelidik Wanita Cemerlang daripada Venus International...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd