• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Usah Mimpi Melancong Ke Korea Utara

oleh AK-47
23/02/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menasihati rakyat Malaysia agar tidak ke Korea Utara buat masa ini berikutan kes pembunuhan Kim Jong-nam.

“Saya sarankan rakyat Malaysia jangan pergi ke sana (Korea Utara), sebab kita sendiri pun tidak tahu apa yang mungkin berlaku di sana. Kita tidak tahu, apa-apa saja boleh berlaku.

“Sebab negara ini (Korea Utara) negara yang tidak boleh dijangka, mereka boleh buat apa sahaja di luar jangkaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2017, di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un itu tidak menjejaskan kemasukan pelawat Korea Utara ke Malaysia.

Mohamed Nazri berkata kebanyakan pelancong Korea Utara terdiri daripada pegawai-pegawai negara itu yang masuk ke Malaysia hanya atas urusan rasmi.

“Rakyat mereka tidak dibenarkan untuk keluar dari negara mereka, apatah lagi ke Malaysia….jadi memang tidak terjejas pun kemasukan mereka ke negara kita,” katanya.

Mohamed Nazri turut berpendapat Korea Utara tidak boleh bersikap terburu-buru dalam mengendalikan kes pembunuhan melibatkan warganegaranya di negara ini.

“Mereka mesti ingat, Malaysia bukan Korea Utara. Kita ada undang-undang sendiri, mereka tidak boleh buat sesuka hati mereka dan mesti patuhi undang-undang antarabangsa.

“Kami tidak akan serahkan mayat selagi proses bedah siasat belum selesai. Jangan paksa kami,” katanya sambil secara peribadi menyifatkan tindakan Korea Utara sebagai negara penyangak.

Pada 13 Februari lalu, Kim Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 sementara menunggu penerbangan ke Macau apabila seorang wanita menekup mukanya dengan sehelai kain dipercayai mengandungi cecair beracun.

Beliau yang dilaporkan mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya menggunakan nama Kim Chol pada pasportnya serta dipercayai tiba di Malaysia dari Macau pada 6 Februari lalu. – BERNAMA

Tags: Kim Jong-NamKorea UtaraMelancongNazri Aziz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd