• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Airlines Terima Sijil Fast Travel Green IATA

oleh Ahmad Albab
23/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines menjadi syarikat penerbangan pertama Malaysia menerima sijil Fast Travel Green Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Ia mengiktiraf usaha syarikat penerbangan itu bagi menjadikan perjalanan penumpang lebih fleksibel dan selesa menerusi kemudahan layan diri.

Malaysia Airlines memperoleh rangking Green itu dengan memenuhi lima daripada syarat-syarat, iaitu daftar masuk, beg yang telah siap sedia, tempahan semula penerbangan, menaiki sendiri pesawat dan pengembalian beg.

Sijil tersebut diserahkan oleh Pengurus Kawasan IATA bagi Singapura, Malaysia, Brunei, Bangladesh, Sri Lanka dan Maldives, Sunil Chopra, kepada Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Peter Bellew di Ibu Pejabat syarikat penerbangan itu di Sepang.

“Kami gembira menjadi syarikat penerbangan pertama Malaysia menerima sijil Fast Travel Green IATA.

“Pencapaian ini menandakan satu lagi kejayaan utama ketika kami berusaha menambah baik keselesaan penumpang dan keseluruhan kecekapan operasi syarikat penerbangan,” kata Bellew dalam satu kenyataan hari ini.

Perkhidmatan itu sejajar dengan strategi Malaysia Airlines untuk menggunakan teknologi bagi mempermudahkan dan mengurangkan masa daftar masuk, memberikan lebih keselesaan kepada pelanggan.

Malaysia Airlines sudahpun berusaha ke arah mendapatkan status ’emas’ yang akan memerlukan pelaksanaan pengesahan dokumen perjalanan sendiri bagi penumpang.

Menjelang 2020, IATA menyasar 80 peratus penumpang global ditawarkan kemudahan layan diri lengkap sepanjang perjalanan mereka, berdasarkan kepada standard industrinya. – BERNAMA

Tags: IATAMalaysia Airlines
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

Malaysia Airlines Kini Penerbangan Rasmi Manchester United

22/03/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia Airlines menjalin perkongsian strategik global dengan kelab bola sepak Inggeris, Manchester United (MU) apabila dinamakan sebagai...

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

9 Tahun Berlalu, Keluarga Masih Menunggu Jawapan Punca Kehilangan MH370

07/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Sembilan tahun berlalu tanpa sebarang berita yang jelas mengenai kehilangan penerbangan MH370, menyebabkan ahli keluarga mangsa masih menaruh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd