• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Sekolah Mesra Pelajar OKU Pada 2020

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan menyasarkan semua sekolah dinaik taraf dengan kemudahan mesra orang kelainan upaya (OKU) pada 2020, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Justeru, beliau berharap lebih banyak pihak swasta tampil menjalin kerjasama dengan kementerian bagi merealisasikan misi itu ke arah penyediaan akses dan ekuiti dalam pendidikan kepada murid berkeperluan khas.

“Kementerian sendiri mengambil tanggungjawab menyediakan kemudahan (mesra OKU) di sekolah-sekolah baharu, tetapi untuk (sekolah) yang lama kita memerlukan rakan strategik untuk mendapatkan pembiayaan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kementerian Pendidikan dengan RHB Foundation mengenai kerjasama dalam penyediaan kemudahan mesra OKU di lima buah sekolah sekitar Lembah Klang.

Kerjasama itu memberi manfaat kepada 505 murid berkeperluan khas di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Indah dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Perdana di Kuala Lumpur; SK Bukit Rimau dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional di Shah Alam; serta SMK Taman Desa 2, Rawang.

Pembiayaan berjumlah RM500,000 itu antara lain melibatkan kemudahan tandas, kawasan mengambil dan menurunkan pelajar serta susur tangan dan susur landai, dengan kesemuanya telah siap dibina pada tahun lepas.

Mahdzir berkata pemilihan sekolah untuk projek itu adalah berdasarkan jumlah murid berkeperluan khas yang ramai di sekolah terbabit.

Terdahulu, dalam ucapannya beliau berkata ketika ini, terdapat sejumlah 76,166 pelajar berkeperluan yang ditempatkan di sekolah pendidikan khas, program pendidikan khas integrasi dan program pendidikan inklusif di seluruh negara. – BERNAMA

Tags: Mahdzir KhalidOKUSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Bayaran Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bantu Ringankan Beban Rakyat

Bayaran Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bantu Ringankan Beban Rakyat

08/08/2026
0

NIBONG TEBAL - Kerajaan mengambil langkah bijak dan pendekatan di luar kotak bagi mengurangkan beban golongan ibu bapa dengan menyediakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd