• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Bangladesh Mengaku Salah Rasuah Polis

oleh AK-47
22/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki rakyat Bangladesh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi rasuah kepada seorang anggota polis, Disember lepas.

Md Rintu Molla, 32, dituduh memberi suapan wang tunai RM200 kepada Lans Koperal Ainuddin Aliff Samsudin sebagai dorongan supaya melepaskan motosikal jenis Honda miliknya yang ditahan polis.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Balai Polis Plentong, di sini, kira-kira 12.40 tengah hari, 13 Dis lepas.

Tertuduh yang memahami pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Malaysia di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen Saba’aton Daud, dituduh mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dibacakan mengikut Seksyen 24 akta yang sama.

Dia boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, seorang lelaki rakyat tempatan turut mengaku bersalah di mahkamah sama atas tuduhan memberi rasuah kepada seorang pegawai kastam, minggu lepas.

T. Ganasan, 35, dituduh secara niat bersama seorang warga Nepal memberi suapan wang tunai RM3,000 kepada Penolong Penguasa Kastam Nurul Izzaty Muhammad yang bertugas di Jabatan Kastam Diraja Malaysia Batu Pahat untuk tidak dikenakan tindakan kerana disyaki menjual arak tanpa lesen.

Ganasan dituduh melakukan perbuatan terbabit di sebuah premis di Jalan Soga, Batu Pahat, kira-kira 7.30 malam, 15 Feb lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum menurut Seksyen 24 akta yang sama.

Pendakwaan terhadap Md Rintu Molla dan Ganasan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Norsyarina Raizan.

Mahkamah menetapkan 1 Mac depan untuk sebutan semula kes dan keputusan hukuman berikutan ketiadaan hakim, hari ini.

Mahkamah turut mengarahkan jurubahasa disediakan bagi memudahkan prosiding kedua-dua kes berkenaan. – BERNAMA

Tags: Kes Rasuahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd