• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Didakwa Pengubahan Wang Haram RM10.3 Juta

oleh Ahmad Albab
22/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Dua lelaki dihadapkan di Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini atas pertuduhan terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah lebih RM10.3 juta dari Ogos 2014 sehingga Januari 2015.

Nor Hazaini Yahya, 44, mengaku tidak berslah selepas tujuh pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Fathiyah Idris sementara Mohamad Najib Kamis, 40, mengaku tidak bersalah selepas empat pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim G Ramesh.

Nor Hazaini didakwa menerima wang hasil aktiviti haram sebanyak RM8,933,229.76 di empat lokasi berbeza di sini dan Nilai, antara 8 Ogos 2014 hingga 29 Jan 2015.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Ashikin Mokhtar menawarkan jaminan sebanyak RM800,000 bagi kesemua pertuduhan kerana kesalahan yang dihadapi tertuduh adalah serius.

Nor Ashikin juga memohon agar kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi dibicarakan bersama kes-kes lain yang dihadapi tertuduh.

Peguam tertuduh, Mohd Harris Abdullah dan Mohd Faizi Che Abu memohon mahkamah mengenakan jaminan yang minimum kerana tertuduh tidak mampu mambayar jaminan yang tinggi disebabkan kesemua wang tertuduh telah dibekukan dan tertuduh perlu menanggung dua orang anak dan seorang isteri.

Fathiya kemudiannya membenarkan Nor Hazaini diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan membenarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Mohamad Najib pula didakwa menerima wang hasil aktiviti haram sebanyak RM1,374,499.66 di dua lokasi berbeza di sini dan Nilai, antara 4 Nov 2014 hingga 30 Jan 2015.

Nor Ashikin memohon agar mahkamah mengenakan jaminan RM400,000 bagi kesemua pertuduhan yang dihadapi tertuduh.

Peguam yang mewakili Mohamad Najib, Datuk Hanif Hassan, bagaimanapun memohon agar mahkamah mengenakan jaminan yang minimum.

Ramesh kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah juga menetapkan kes disebut semula pada 12 Mei ini.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta, penjara sehingga 15 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: Gubah Wang HaramSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd