• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Sharmila Tak Rasa Malu Diberi Watak Tempelan

oleh Ahmad Albab
22/02/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sungguhpun sering diberi peranan sebagai pelakon pembantu atau tempelan, aktres Wan Sharmila Wan Muhammed tidak menganggap ia sebagai sesuatu yang memalukan.

Menurut wanita berusia 36 tahun itu, adalah lebih buruk jika pembawa watak utama gagal memainkan peranan dengan baik sehingga menjejaskan sesebuah drama atau filem.

“Dari dulu saya tak pernah malu atau berkecil hati bila terima tawaran sebagai watak tempelan. Kalau dapat watak utama tapi komitmen tak bagus pun tak baik juga,” katanya kepada mStar Online.

Nama Wan Sharmila kini semakin menjadi bualan peminat selepas kejayaan drama 7 Hari Mencintaiku terbitan Pena Creative Pictures Sdn. Bhd. menerusi watak Sofi.

Wan Sharmila Tak Rasa Malu Diberi Watak Tempelan
Wan Sharmila akan memastikan setiap watak yang diberi kepadanya dapat dihayati dengan baik dan berkesan.

Ditanya sama ada dia tidak pernah mengimpikan untuk membawakan watak yang lebih mencabar, Wan Sharmila berkata dia lebih mementingkan mutu lakonan agar ia memberi kesan di hati penonton.

“Saya lebih mengimpikan untuk berlakon dalam sebuah cerita dan diberi watak yang bermakna, berbaloi dan beri impak kepada penonton.

“Seperti dalam drama 7 Hari Mencintaiku, walaupun watak saya tidaklah besar, tapi saya berusaha pastikan penanan yang dibawa itu berkesan bagi melengkapkan jalan cerita,” katanya.

Sementara itu bercerita mengenai perkembangan kerjayanya, wanita yang pernah mendirikan rumah tangga itu berkata dia bersyukur kerana terus diberi kepercayaan untuk berlakon.

“Alhamdulillah tawaran berlakon tak putus-putus. Terima kasih kepada penerbit yang sentiasa percaya kepada bakat lakonan saya,” katanya yang baharu selesai menjalani pengambaran drama Isteri-isteri Ayah yang dijangka disiarkan di TV3 pada Mac depan.

Tambah Wan Sharmila lagi, dia kini sedang sibuk di set pengambaran drama bersiri komedi romantik berjudul Mr Hijab yang turut dibintangi Sharnaaz Ahmad dan Nabila Huda. – mStar Online

Tags: pelakonWan Sharmila
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd