• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesakit HSA Ditemukan Lemas Di Pantai

oleh Ahmad Albab
22/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Mayat seorang lelaki warga asing dipercayai pesakit dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) ditemukan lemas di Pantai Lido, di sini, awal hari ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pegawai Bomba Kanan II Kamalrulzaman Saleh berkata mayat lelaki dianggar berusia 30-an itu ditemui pada 1.08 pagi, kira-kira 150 meter dari pantai.

Kamalrulzaman yang juga Penyelia Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Zon Johor Bahru berkata mayat ditemukan anggota PPDA yang melakukan gerakan mencari dan menyelamat mangsa, sejak malam tadi.

“Mayat mangsa yang masih berpakaian pesakit hospital kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya yang dihubungi hari ini.

Terdahulu, Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau menerima panggilan mengenai kejadian pada 7.12 malam tadi.

Mangsa yang dipercayai dari Wad Barat HSA, sebelum itu dipercayai berada di kawasan pantai yang terketak kira-kira 100 meter dari bangunan induk HSA berkenaan, kira-kira 7 malam.

Selain bomba, gerakan mencari dan menyelamat mangsa turut disertai Angkatan Pertahanan Awam dan polis. – BERNAMA

Tags: mati lemaspesakit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tingkatkan Kawalan Di Pejabat Kedutaan AS

Ambulans Terbalik, Empat Termasuk Dua Pesakit Cedera

20/10/2023
0

SEREMBAN: Sebuah ambulans yang sedang membawa pesakit terbalik menyebabkan empat individu cedera selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis...

Hospital Sungai Buloh Kembali Rawat Pesakit Bukan Covid-19

29/04/2022
0

Kuala Lumpur : Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju untuk menukar kembali status Hospital Sungai Buloh kepada hospital perubatan bukan Covid-19 seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd