• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd Yusoff Tawar Diri Jadi ‘Orang Kanan’ TMJ

oleh AK-47
22/02/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Datuk Mohd Yusoff Mahadi menawarkan diri menjadi ‘orang kanan’ Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam memajukan skuad negara, jika mereka dipilih dalam pemilihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), bulan depan.

Malah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) itu mengakui beliau mempunyai keserasian dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Sejak kebelakangan ini, saya kerap bertemu TMJ bagi membincangkan hala tuju bola sepak negara sekiranya kami dipilih untuk memimpin FAM.

“Saya sudah dapat baca hala tuju yang bakal dilakukan TMJ dan percaya Tunku Ismail mampu membuat transformasi terhadap FAM yang bakal mengubah landskap bola sepak negara ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya kepada Bernama.

Selain TMJ yang akan bersaing dengan Tan Sri Annuar Musa untuk jawatan presiden, Mohd Yusoff juga terlibat dalam saingan tiga penjuru bersama Datuk Seri Afandi Hamzah dan Datuk Seri Subahan Kamal bagi kerusi Timbalan Presiden FAM.

Mohd Yusoff mendapat perhatian bola sepak negara selepas membawa pasukan Melaka United menjuarai Liga FAM pada 2015 dan kemudian merangkul gelaran Liga Perdana 2016.

Kejayaan yang dicapai Melaka United itu sekali gus menamatkan kemarau trofi selama 33 tahun pasukan negeri berkenaan.

Beliau juga percaya TMJ mampu memperbaiki semula hubungan ‘kurang mesra’ antara FAM dan anggota gabungannya.

“Banyak perkara yang tidak dapat dilaksanakan sekiranya tiada persefahaman antara barisan kepimpinan tertinggi FAM dengan persatuan negeri yang bernaung di bawahnya.

“Kebanyakan persatuan negeri sering dikongkong dengan masalah kewangan sehingga menyekat program pembangunan pasukan masing-masing,” katanya.

Mohd Yusoff yakin TMJ mempunyai perancangan tersendiri membantu pasukan negeri melahirkan pemain yang berkaliber pada masa akan datang kerana itulah yang menjadi keutamaannya sejak mula mengambil alih JDT pada 2013. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohd Yusoff MahadiFAMTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

Sambutan Hebat Rakyat Johor Di Rumah Terbuka Istana Johor

Sambutan Hebat Rakyat Johor Di Rumah Terbuka Istana Johor

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Suasana penuh meriah menyelubungi Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Istana Johor apabila kira-kira 25,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd