• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Sedia Bekerja Dengan Sesiapa Jika Dipilih”

oleh Ahmad Albab
21/02/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Calon Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa berkata beliau bersedia bekerja dengan sesiapa sahaja sekiranya dipilih menerajui badan induk itu.

Menurutnya, antara misi yang mahu dibawanya adalah mewujudkan keharmonian, semangat berpasukan dan menghormati semua exco yang dipilih.

“Saya tidak terikat dengan sesiapa dan boleh bekerja dengan sesiapa saja.

“Adalah buruk bagi FAM kalau kita mula berpuak-puak, bergaduh sesama anggota gabungan, bergaduh dengan kementerian dan sebagainya,” katanya menerusi entri di laman sosial Facebooknya hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan calon Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi membayangkan yang beliau hanya mampu bekerja dengan seorang lagi calon Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Annuar yang juga penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menegaskan beliau tidak menyertai mana-mana kumpulan dalam badan induk itu menjelang Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac depan.

“FAM perlu tenang dan kekalkan sifat saling hormat-menghormati. Saya tidak akan menekan sesiapa dan tidak berkumpulan. Tiada sogokan dan tiada ugutan.

“Saya percaya badan gabungan bijak membuat pilihan sendiri corak mana kita mahu FAM ditadbir..semuanya baik-baik belaka,” katanya.

Pemilihan itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu bagi merebut jawatan Presiden FAM membabitkan Tunku Ismail dan Annuar.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, penyandangnya, Datuk Seri Afandi Hamzah dicabar Yusoff dan Datuk Seri Subahan Kamal. – BERNAMA

Tags: FAMTan Sri Annuar Musa.
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

Peter Cklamovski Umum Tinggalkan Harimau Malaya, Mahu Sahut Cabaran Baharu

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR  - Jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Peter Cklamovski hari ini mengumumkan beliau akan meninggalkan jawatan sebagai Ketua...

MB Johor Ambil Pendirian Betul Hadir Majlis Kerajaan Persekutuan Atas Dasar Federalisma – Annuar Musa

MB Johor Ambil Pendirian Betul Hadir Majlis Kerajaan Persekutuan Atas Dasar Federalisma – Annuar Musa

16/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengambil pendirian yang betul dengan menghadiri majlis Kerajaan Persekutuan bersama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd