• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Klia2 Jadi Tumpuan Ketibaan Anak Kim Jong-nam

oleh Ahmad Albab
21/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) di sini menjadi tumpuan media apabila tercetus khabar kedatangan anak Kim Jong-nam ke Malaysia malam tadi.

Penerbangan AirAsia AK8321 dari Macau yang dipercayai dinaiki Kim Han-sol mendarat kira-kira 7.33 malam namun kelibatnya gagal dikesan kira-kira 100 pengamal media yang menanti sejak 6 petang.

Pihak media yang menunggu di dua lokasi klia2 iaitu balai ketibaan antarabangsa dan pintu laluan orang kenamaan, beberapa kali cuba mengejar individu yang kelihatan seperti Han-sol, namun berakhir kecewa.

Pada kira-kira 9 malam, seorang jurukamera dapat merakamkan kelibat seorang pemuda bertopi hitam dan memakai topeng muka berjalan keluar dari balai ketibaan, namun tidak dapat dipastikan sama ada lelaki itu adalah Han-sol apabila dia tiba-tiba hilang.

Anak sulung Jong-nam itu dipercayai datang ke Malaysia bagi memberikan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan identiti dan urusan menuntut mayat.

Sebelum ini, Malaysia menolak permohonan Korea Utara untuk membawa pulang mayat Jong-nam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan polis memerlukan sampel DNA daripada waris mangsa bagi melengkapkan siasatan dan mayat hanya akan diserahkan kepada warisnya.

Polis juga memberi masa selama dua minggu kepada waris Jong-nam untuk menuntut mayat mendiang yang kini ditempatkan di Institut Perubatan Forensik Negara Hospital Kuala Lumpur.

Jong-nam yang merupakan abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, meninggal dunia pada 13 Februari lepas ketika dalam perjalanan ke hospital.

Jong-nam sebelum itu dilaporkan berada di klia2 sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila diserang dua wanita dengan mukanya ditekup dengan kain dipercayai mengandungi cecair beracun. – BERNAMA

Tags: kes bunuhKim Han-solKim Jong-NamKorea Utara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd