• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘River Of Life’ Ubah Kualiti Air Sungai Tahap Selamat

oleh Ahmad Albab
20/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Projek River of Life (ROL) yang dilancarkan pada 2011 bakal mengubah kualiti air sungai utama di Lembah Klang daripada tahap tidak selamat kepada tahap selamat untuk kegunaan rekreasi.

Perdana menteri berkata kerja-kerja pembersihan di bawah projek itu kini sudah 72 peratus selesai dan beliau tidak mahu mana-mana pihak leka dan mengambil sikap sambil lewa dalam menyempurnakan projek itu.

“Saya percaya melalui Projek ROL, potensi bandaraya Kuala Lumpur bakal direalisasikan apabila aset sungai yang wujud dapat digunakan secara optimum dan pada masa yang sama, alam sekitar kita dapat dipelihara.

“Semua kerja mestilah disiapkan mengikut jadual menjelang tahun 2020, jika tidak lebih awal,” kata Najib menerusi catatan di laman blog, najibrazak.com hari ini.

ROL adalah Projek Permulaan di bawah Greater Kuala Lumpur/Klang Valley, bertujuan menghidupkan semula sungai Klang dan Gombak dalam bandar, mengubahnya sebagai kawasan ‘waterfront’ berkembang maju dengan nilai ekonomi dan komersial melalui pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pembangunan tanah.

Buat masa ini, kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan sepanjang 110km yang meliputi lapan sungai iaitu Sungai Gombak, Sungai Batu, Sungai Jinjang, Sungai Keroh, Sungai Bunus, Sungai Ampang, Sungai Klang dan Sungai Keroyong.

Sementara itu, hari ini Najib turut melawat dan meninjau perkembangan tapak program ROL di Masjid Jamek, di sini.

Dalam lawatan kira-kira 30 minit bermula 5 petang itu, perdana menteri diiringi Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Datuk Seri Idris Jala.

Najib berkata ROL menggunakan kaedah pembersihan sungai dikenali ‘Interceptor system P7’ yang akan membantu meningkatkan kualiti air dengan cara menyekat dan merawat air longkang yang kotor.

Beliau berkata paip-paip Interceptor akan melencongkan air sisa dan kotoran dari rumah, premis komersial dan bangunan ke loji rawatan untuk dirawat sebelum menyalurkan Kelas IIB (selamat untuk kegunaan rekreasi dan tubuh” ke sungai.

“Loji ini akan berupaya menyediakan persekitaran kondusif secara semulajadi bagi pembiakan mikroorganisme aerobik yang berupaya menyahkan ‘Biochemical oxygen demand (BOD) ammoniacal nitrogen’ dan pepejal terampai,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razaksungai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd