• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hajat Kanak-Kanak Hidap Radang Usus Kronik Tertunai

oleh AK-47
20/02/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Minat seorang kanak-kanak lelaki penghidap penyakit kronik dengan jentera mainan bomba mendapat perhatian Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka apabila dibawa menaiki jentera sebenar mengelilingi bandar Melaka.

Akmarul Haikal Affizan, 11, yang menghidap penyakit usus terkeluar atau chron’s disease sejak berusia setahun dan disahkan menghidap radang otak sejak tahun lepas itu, turut disarungkan jaket dan topi bomba.

Pengarah JBPM Melaka Nazili Mahmood berkata beliau mendapat tahu mengenai minat Akmarul Haikal melalui aplikasi WhatsApp daripada seorang individu sebelum mengatur majlis ringkas itu untuk menggembirakan kanak-kanak berkenaan.

Kanak-kanak itu yang terpaksa bergantung pada kerusi roda untuk bergerak, dibawa ke Ibu Pejabat JBPM Melaka di Bukit Katil di sini dari rumah mereka di Taman Seri Duyong 2 dengan menaiki jentera Emergency Medical Rescue Services.

Beliau ditemani ibunya Naima Yuzi, 34; bapanya Affizan Sarif, 35; serta adiknya Airiel Nasriq, 8.

Naima berkata minat anaknya terhadap jentera dan lori mainan bomba dapat dilihat sejak anak sulungnya itu berusia setahun kerana tidak pernah mahu berenggang daripada alat mainan berkenaan.

“Lori atau jentera bomba itu juga dibawanya sehingga ke bilik pembedahan dan hanya dilepaskan setelah diberi ubat bius,” katanya yang reda dengan keadaan anaknya itu yang kesihatannya semakin merosot sejak empat tahun lepas.

Suri rumah itu berkata keterujaan anaknya turut dapat dilihat apabila beliau sering meminta untuk mengekori jentera bomba setiap kali mereka terserempak di jalan raya.

Beliau berkata dia dan suaminya Affizan terpaksa bekerja keras untuk memastikan perbelanjaan tetap berjumlah lebih RM2,000 dapat disediakan bagi membeli susu khas dan bantuan perubatan untuk Akmarul Haikal.

Katanya keadaan kesihatan anaknya itu dijangka terus merosot dan doktor memaklumkan penyakit Akmarul Haikal tidak dapat disembuhkan sebaliknya beliau hanya bergantung pada rawatan untuk meneruskan kehidupan.

Sementara itu, Affizan berkata mereka sekeluarga mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam Melaka bagi meringankan beban perbelanjaan selain isterinya membuat kuih untuk dijual bagi menambah pendapatan mereka.

“Saya dan keluarga amat berterima kasih dengan majlis hari ini semata-mata untuk menggembirakan anak saya yang memang minat dengan jentera dan lori bomba. Ia adalah sesuatu yang tidak akan kami lupakan,” katanya yang juga polis bantuan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di Batu Berendam. – BERNAMA

Tags: JBPMPenyakit Kronik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia, Uzbekistan Boleh Tumpu Bidang Berkait Kepentingan Umat Islam

Negara Perlu 84 Balai Bomba Baharu

19/05/2024
0

Melaka: Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)...

Operasi Padam Kebakaran Hutan Dekat Pos UPP Masih Diteruskan – JBPM Perak

Operasi Padam Kebakaran Hutan Dekat Pos UPP Masih Diteruskan – JBPM Perak

09/04/2024
0

IPOH : Operasi memadamkan kebakaran di kawasan hutan bukit seluas 10 hektar berhampiran Pos Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dekat Gerik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd