• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tan Sri Dr. Madinah Dilantik Ketua Audit Negara

oleh AK-47
20/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad dilantik sebagai Ketua Audit Negara yang baharu untuk tempoh dua tahun mulai 23 Feb ini, demikian umum Ketua Setiausaha Negara, Tan Dr. Ali Hamsa.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata pelantikan itu adalah bagi menggantikan Tan Sri Ambrin Buang yang akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 22 Feb.

Katanya berdasarkan Fasal (1) Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja telah memperkenankan pelantikan Madinah.

Madinah, 60, berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Sains Politik daripada Universiti Sains Malaysia, Sarjana Sains dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia masing-masing daripada Universiti Putra Malaysia.

Beliau merupakan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan juga bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan sebelum bersara wajib pada 3 Sept tahun lepas.

Sementara itu, Ali berkata kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ambrin di atas segala khidmat bakti beliau sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Audit Negara sejak 23 Feb 2006, khususnya dalam usaha-usaha mentransformasikan dan menstrukturkan semula sistem pengauditan kerajaan serta mengukuhkan sistem pengurusan kewangan negara. – BERNAMA

Tags: Jabatan Audit NegaraTan Sri Dr Madinah Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hutang Negara RM1.021 Trilion

14/10/2019
0

SHAH ALAM - Laporan Ketua Audit Negara 2018 mengesahkan bahawa kedudukan keseluruhan hutang awam dan komitmen kewangan kerajaan adalah berjumlah...

TS Madinah Diarah Buat Kenyataan Meragukan?

26/11/2018
0

KENYATAAN media TS Madinah membuktikan Kerajaan PH amat memerlukan isu 1MDB untuk mengekalkan kepercayaan rakyat kepada mereka. Bukan itu sahaja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd