• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rangka Bot Bukan Katamaran Karam Di Pulau Mengalum

oleh AK-47
20/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah mengesahkan rangka sebuah bot ditemukan di perairan Membakut, dekat sini, semalam, bukan bot katamaran membawa pelancong yang karam di Pulau Mengalum pada 28 Jan lepas.

Pengarah APMM Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata, rangka bot itu ialah bot katamaran yang mengalami kerosakan enjin ketika membawa sembilan pemancing di perairan berhampiran Pulau Batu Sapi pada 13 Feb lepas.

Dalam kejadian itu, APMM telah menyelamatkan lima kru bot itu manakala sembilan pemancing berkenaan telah diselamatkan lebih awal.

“Semalam kita telah menerima maklumat daripada nelayan tempatan yang mendakwa menemui rangka bot itu kira-kira 100 meter jarak dari Pantai Membakut pada pukul 11.02 pagi.

“Satu usaha mencari rangka itu kemudiannya dilakukan dengan membabitkan aset Bot Kilat 40 dan kita berjaya menemukannya di lokasi berkenaan jam 2.39 petang,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati rangka bot itu adalah bot katamaran yang rosak dalam kejadian 13 Feb dan perkara itu disahkan oleh pemilik bot berkenaan.

Zubil berkata susulan pengesahan itu, sehingga kini usaha mencari lima mangsa bot karam di Pulau Mengalum yang masih hilang, yang masuk hari ke-24 hari ini masih belum menemukan petunjuk baharu.

Dalam tragedi 28 Jan lepas, bot pelancong jenis katamaran membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal karam, dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar ketika dalam perjalanan ke Pulau Mengalum.

Setakat ini, 26 mangsa sudah dijumpai termasuk empat yang maut. – BERNAMA

Tags: APMMbotKatamaran KaramMohd Zubil Mat Som
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd