• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Beri Tekanan Kepada Polis, Unit Forensik

oleh Ahmad Albab
20/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak polis dan unit forensik tidak harus diberi tekanan ketika mereka melaksanakan tugas menyiasat kes pembunuhan Kim Jong-nam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Kedua-dua pihak itu, katanya perlu diberi ruang untuk menjalankan tugas masing-masing kerana mereka tahu tanggungjawab yang digalas.

“Mereka tidak boleh ditentukan sama ada oleh kerajaan atau akhbar untuk melakukan kerja lebih cepat daripada apa yang mereka perlu lakukan. Ini tugas mereka untuk melakukannya.

“Akhirnya polis yang bertanggungjawab. Mereka perlu pastikan mereka mempunyai jawapan dan yakin dengannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas mengenai perkembangan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) Isnin lepas.

Dr Subramaniam berkata setakat ini pihaknya belum menerima status terbaru mengenai proses forensik terhadap mayat Kim Jong-nam.

Terdahulu, menteri itu melancarkan ‘Cancerfly Employment Portal’ dan CanBazaar Hospital Kuala Lumpur (HKL) 2017 yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Radioterapi dan Onkologi HKL hari ini.

Portal www.cancerfly.com menjadi portal pekerjaan pertama khusus untuk membantu pesakit kanser memperoleh pekerjaan dengan mempamerkan produk atau perkhidmatan mereka kepada orang ramai.

Pengasas portal, Dr. M. Sri Ganesh berkata melalui portal itu, pesakit kanser boleh menjana pendapatan dengan mengiklankan produk mereka selain peluang mendapat kerja yang boleh dilakukan secara sambilan dari rumah.

“Kami turut memohon majikan-majikan dari sektor awam dan swasta untuk tampil dan menawarkan jawatan kosong kepada pesakit kanser kerana kami mendapati bahawa ramai pesakit yang telah berjaya dirawat mampu bekerja semula,” katanya.

Turut hadir Pengarah HKL, Datuk Dr. Zaininah Mohd Zain. – BERNAMA

Tags: Kim Jong-NamKorea Utarapembunuhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd