• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Jong-nam: Empat Dalang Pulang Ke Pyongyang

oleh AK-47
20/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Empat suspek lelaki warga Korea Utara dalam kes bunuh Kim Jong-nam telah meninggalkan negara pada 13 Februari lalu, hari sama kejadian membabitkan abang tiri pemimpin tertinggi negara itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2).

Bagaimanapun Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim enggan mendedahkan lokasi dituju keempat-empat suspek terlibat.

Sementara itu, sumber memberitahu The Star, dalang utama kes berkenaan terbang ke Jakarta sebelum ke Dubai dan melalui Vladivostok sebelum tiba di Pyongyang.

“Mereka menggunakan laluan jauh untuk elak dikesan pihak berkuasa,” kata sumber Bukit Aman.

 Empat suspek berkenaan dikenalpasti sebagai Ri Ji Hyon, Hong Song Hac, O Jong Gil dan Ri Jae Nam.

1. Rhi Ji Hyon, 33, tiba pada 4 Februari 2017

2.  Hong Song Hac, 34, tiba pada 31 Januari 2017

3. O Jong Gil, 55, tiba pada 7 Februari 2017

4. Ri Jae Nam, 57, tiba pada 1 Februari 2017

Sementara itu pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman juga, Noor Rashid turut mendedahkan tiga lagi wajah suspek yang dikehendaki bagi membantu siasatan.

Seorang daripada mereka ialah Ri Ji U, manakala dua lagi masih dalam siasatan.

Noor Rashid juga berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Interpol bagi mendapatkan maklumat berkaitan pergerakan semua suspek terlibat dalam kes berkenaan.

Jong-nam meninggal dunia selepas diserang dua wanita di Klia2 dipercayai dengan memercik cecair beracun ke mukanya.

Setakat ini, empat suspek telah ditahan polis termasuk dua wanita yang menyerangnya iaitu seorang rakyat Vietnam dan Indonesia,  seorang lelaki warga tempatan dan seorang warga Korea Utara yang dikatakan pakar kimia. – mStar Online

Tags: Kim Jong-NamKorea Utarapembunuhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd