• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Akui Silap Mohon Maaf Kepada Penyokong

oleh AK-47
20/02/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya bertanggungjawab atas permulaan musim (Liga Malaysia 2017) yang tidak baik. Ini silap saya.”

Demikian titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas kekalahan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Ipoh malam tadi.

Titah baginda, JDT memulakan Liga Malaysia musim ini dengan kurang baik kerana kesilapan baginda membeli dua pemain yang salah.

Baginda turut bertitah tersilap menjual penyerang JDT musim lalu dan meminjamkan pemain Hariss Harun kepada kelab luar negara.

“Saya tahu kita (JDT) tidak memulakan liga dengan baik musim ini terutamanya kerana kesilapan saya.

“Dengan meminjamkan Hariss, menjual penyerang kami untuk mengurangkan kos dan membeli dua pemain yang salah.

“Kami akan memperbaikinya menjelang Mei dan untuk musim 2018 saya berjanji bahawa kita akan mempunyai pasukan yang sangat kuat,” titah baginda hari ini.

JDT berada ditangga ke-8 carta Liga Super 2017 satu anak tangga dibawah pasukan Kelantan selepas tewas 2-1 kepada Perak malam tadi.

JDT memulakan musim ini dengan menamatkan khidmat penyerang import Jorge Pereyra Diaz atas alasan disiplin dan menjual Juan Martin Lucero.

JDT turut mengejutkan ramai pihak apabila menamatkan khidmat jurulatih, Mario Gomez dengan alasan kurang sesuai dengan falsafah pasukan itu bagi digantikan dengan Benjamin Mora.

Langkah itu dikritik sebahagian penyokong JDT menyebabkan Tunku Ismail menemplak penyokong terbabit seolah-olah mereka mahu menjadi jurulatih pasukan JDT.

Tunku Ismail dalam titahnya hari ini bagaimanapun meminta penyokong tidak panik dengan prestasi kurang baik JDT kerana masih mempunyai masa untuk memperbaiki keadaan.

Titah Tunku Ismail, baginda akan melakukan sedikit perubahan ke atas pasukan JDT pada bulan Mei dan secara besar-besaran pada bulan Disember.

Baginda turut mengingatkan prestasi kurang baik JDT setakat ini bukan salah Mora selaku jurulatih baharu, tetapi salah penyerang pasukan itu.

“Walaupun mempunyai jurulatih yang bagus macamanapun, tanpa penyerang hadapan yang baik ia sukar bagi pasukan. Tambahan lagi di dalam negara ini.

“Falsafah kami (JDT) sudah betul cuma saya silap membeli dua pemain luar negara di barisan hadapan,” titah baginda.

Justeru, baginda meminta maaf kepada penyokong JDT diatas kesilapannya dan permulaan Liga Malaysia 2017 JDT yang kurang baik. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JDTLiga MalaysiaTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd