• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Perlu Didedahkan Aspek Keselamatan – NIOSH

oleh Ahmad Albab
18/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengetahuan tentang aspek keselamatan dan peraturan jalan raya perlu ditanam dan diberi penekanan dalam kalangan remaja bagi mengurangkan risiko ditimpa kemalangan.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata kemalangan melibatkan golongan itu boleh berlaku atas faktor kurang peka tentang peraturan jalan raya.

Lee mengulas kejadian lapan remaja lelaki berbasikal maut dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada kira-kira 3 pagi tadi.

“Kesedaran golongan remaja tentang kaedah berbasikal dengan selamat di jalan raya umpamanya perlu ditingkatkan,” katanya kepada Bernama.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) itu turut berkata ibu bapa perlu mengawasi pergerakan anak mereka dengan lebih dekat dan mengambil iktibar daripada kemalangan tersebut.

Beliau berkata pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan rapi bagi mengetahui punca sebenar kemalangan itu.

Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Kulanthayan KC Mani pula berkata penunggang basikal terdedah dengan risiko kemalangan maut selain pejalan kaki dan penunggang motosikal.

Katanya, antara faktor membawa kemalangan maut ialah tidak memakai topi keledar, jaket pemantul cahaya atau pakaian cerah, dan tidak menggunakan bantuan lampu pemantul cahaya.

Menggunakan kenderaan secara berkumpulan atau menghalang lalu lintas juga boleh membawa kepada berlakunya kemalangan, katanya.

Katanya mereka yang menunggang basikal pada waktu malam terdedah risiko kemalangan kerana pengguna jalan raya yang lain hanya menyedari kehadiran mereka apabila jarak kenderaan mereka sudah terlampau dekat. – BERNAMA

Tags: basikalNIOSH
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat menyindir pihak yang mengkritik cadangannya sebelum...

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

26/09/2025
0

Baling: Kanak-kanak lelaki beruaia 12 tahun cedera di perut selepas tertusuk besi pengayuh basikal di Jalan Charok Bemban, Kampung Charok...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd