• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Berbasikal Lewat Malam Dibangkit 10 Tahun Lalu

oleh Ahmad Albab
20/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kegiatan berbasikal lewat malam melibatkan kanak-kanak dan remaja di sekitar bandar raya ini sudah dibangkitkan berulang kali sejak 10 tahun lepas.

Namun ia gagal mencari penyelesaian menyeluruh, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang juga Anggota Parlimen Pulai di sini.

Beliau berkata usaha diambil oleh pihak berkuasa termasuk polis bagi membendung kegiatan itu menerusi nasihat dan sebagainya tidak diendahkan kanak-kanak dan remaja terbabit dengan ada melarikan diri apabila didekati.

“Justeru, saya minta ibu bapa dan penjaga agar meningkatkan pemantauan terhadap anak-anak. Kita tidak mahu tragedi yang berlaku hari ini berulang,” katanya menerusi pegawai khas beliau, Datuk Rashid Kasman kepada kumpulan media yang berada di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah, di sini hari ini.

Nur Jazlan mengulas tragedi lapan kanak-kanak dan remaja yang berbasikal maut selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian 3 pagi tadi di Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, di sini.

Kejadian turut menyebabkan dua remaja dalam keadaan kritikal dan enam lagi cedera. Nur Jazlan turut menyampaikan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa.

“Memang perkara seumpama ini (kemalangan) dijangka berlaku dan sudahpun berlaku hari ini. Sebelum ini ada berlaku kemalangan membabitkan kanak-kanak atau remaja berbasikal.

“Namun sekadar melibatkan seorang atau dua orang berbanding jumlah yang ramai sehingga lapan orang hari ini,” kata beliau lagi.

“Kepada pengguna jalan raya, berhati-hati agar kemalangan seperti ini dapat dielakkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: basikalDatuk Nur Jazlan Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

26/09/2025
0

Baling: Kanak-kanak lelaki beruaia 12 tahun cedera di perut selepas tertusuk besi pengayuh basikal di Jalan Charok Bemban, Kampung Charok...

Penunggang Basikal Maut Terperosok Bawah Treler, Terjatuh Lepas Langgar Lubang

Penunggang Basikal Maut Terperosok Bawah Treler, Terjatuh Lepas Langgar Lubang

14/06/2025
0

Kulai: Seorang penunggang basikal warga Singapura dilaporkan maut selepas terperosok di bawah treler dalam insiden dekat Jalan Gunung Pulai di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd