• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Tipu Tender Bukit Aman RM67 Juta

oleh Ahmad Albab
20/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Dengan bermodalkan uniform polis dan beberapa keping gambar barangan kemas, sepasang suami isteri dikatakan mampu hidup mewah dengan menipu beberapa ahli perniagaan sejak 2013 dengan janji pemberian tender Bukit Aman kononnya mencecah RM67 juta.

Ia bagaimanapun berakhir Khamis lepas apabila pasangan berumur 47 dan 46 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Selangor di sebuah banglo mewah di Seksyen 7 di sini pada 11.20 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor, Mohd. Sakri Arifin berkata lelaki yang dipercayai menjadi dalang, disyaki menipu lima ahli perniagaan di sekitar Shah Alam dan Klang dengan anggaran kerugian kira-kira RM7.4 juta.

“Di rumah suspek, polis merampas sepasang lengkap uniform polis, sepucuk pistol angin dan sejumlah besar barangan kemas yang dipercayai palsu bagi menipu ahli perniagaan termasuk yang berpangkat Datuk.

“Turut dirampas tiga kad pengeluaran wang automatik, sejumlah cek, slip deposit wang tunai dan buku akaun dari pelbagai bank tempatan,” katanya pada sidang media di sini.

Lelaki itu dikatakan menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman yang kononnya mempunyai pengaruh untuk melobi tender bagi pelupusan barangan rampasan seperti barang kemas, wang serta pemberian lesen senjata api mencecah nilai RM67 juta.

Mohd. Sakri berkata mangsa-mangsa mula berasa curiga selepas tidak menerima tender berkenaan sehingga kini walaupun bayaran telah dibuat.

“Mangsa kemudian membuat semakan ke atas suspek di Bukit Aman dan mendapati suspek bukan seorang anggota dan kemudian membuat laporan polis,” katanya.

Lelaki itu direman sehingga Isnin manakala perintah reman terhadap isterinya akan dipohon hari ini dalam kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Mohd. Sakri berkata polis sedang mengesan dua lagi individu yang dipercayai terlibat dalam penipuan itu. – BERNAMA

Tags: Bukit Amankes tipu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Sejak kebelakangan ini media sosial dijadikan medan interaksi untuk menyebarkan hantaran atau komen berbaur hasutan serta perdebatan...

Kes Zara Qairina: 60 Saksi Dipanggil, Tidak Tolak Isu Buli, Serah Pada Bukit Aman

Kes Zara Qairina: 60 Saksi Dipanggil, Tidak Tolak Isu Buli, Serah Pada Bukit Aman

31/07/2025
0

Kota Kinabalu: Polis kini berada di fasa akhir siasatan berhubung kes kematian pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd