• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Ibu MB Selangor Selamat Dikebumikan

oleh Ahmad Albab
18/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jenazah Che Tom Yahaya, 82, ibu kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate Baru, di sini, kira-kira 11 pagi ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar KPJ Damansara pada pukul 2.14 pagi ini akibat serangan angin ahmar.

Azmin berkata ibunya sebelum ini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi hospital tersebut pada 10 Okt tahun lepas apabila mengalami serangan angin ahmar buat kali pertama.

“Pada Sabtu lepas beliau diserang angin ahmar kali kedua, kali ini serangan itu agak serius dan kritikal.

“Beliau ada rekod sakit jantung dan menjalani rawatan berkala di IJN (Institut Jantung Negara) tetapi tidak serius sehingga diserang angin ahmar,” katanya kepada pemberita selepas urusan pengebumian ibunya dekat sini.

Katanya, majlis tahlil akan diadakan di kediamannya malam ini selepas solat Isyak.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan menziarah dan menunaikan solat jenazah.

Hadir sama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. – BERNAMA

Tags: Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd