• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Jamin Himpunan RUU 355 Lancar & Aman

oleh AK-47
18/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memberi jaminan Himpunan RUU 355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada Sabtu akan berjalan lancar dan aman.

Beliau berkata pasukan keselamatan juga telah berjanji akan melakukan yang terbaik bagi memastikan aspek keselamatan orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.

“Himpunan ini juga mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa keselamatan, jadi apa sahaja tindakan provokasi yang cuba dicetuskan mana-mana pihak tidak bertanggungjawab akan diambil tindakan oleh pasukan keselamatan.

“Saya harap penyokong PAS juga dapat hadir dengan aman dan tenang agar matlamat kita tercapai bagi menyokong pindaan Akta 355 bagi tujuan memperkasakan kedudukan mahkamah syariah di dalam sistem perundangan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Rusila di sini, hari ini.

Abdul Hadi berkata lebih 200,000 orang dijangka hadir ke himpunan itu termasuk masyarakat bukan Islam.

“Kita jemput semua hadir… kita umum secara terbuka untuk sama-sama menzahirkan sokongan untuk memperkasakan Islam dan pada masa sama memberi kebebasan kepada bukan Islam mengamalkan kepercayaan mereka.

“Setakat ini, saya sahkan ada wakil kerajaan yang akan hadir,” katanya.

Perhimpunan tersebut bertujuan memberi penjelasan dan meraih sokongan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016) atau Akta 355 bagi memperkasa mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.

Program itu dijangka bermula seawal 2.30 petang dan berakhir 11 malam dengan beberapa aktiviti seperti soal jawab agama oleh penceramah terkenal dan ucapan oleh wakil-wakil NGO yang hadir, wakil kerajaan dan oleh Abdul Hadi. – BERNAMA

Tags: PASRUU 355
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd